Ahad, 4 Mac 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012 DAN MESYUARAT AGUNG PIBG

Pada hari Sabtu, 3 Mac 2012, bertempat di Dewan SKMKJ telah diadakan Mesuarat Agung PIBG dan sambutan Maulidur Rasul untuk warga SKMKJ.  Majlis pada tahun ini telah dirancang dengan lebih teratur dan dua lagi program sampingan telah diadakan serentak pada tarikh tersebut.


Dua program tersebut ialah penyampaian wang bantuan RM100 kepada para ibu bapa murid Tahun 1 dan Majlis Refleksi Murid-murid UPSR 2011.

Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kehadiran murid-murid, guru-guru dan para ibu bapa.  Setelah selesai sesi pendaftaran, para ibu bapa yang hadir berkumpul di Dewan Suluh Budiman untuk majlis Mesyuarat Agung PIBG.  Sementara itu, para ibu bapa tahun 1 pula berkumpul mengikut kelas anak masing-masing untuk menerima wang bantuan RM100.  Murid-murid pula berkumpul di dewan untuk sambutan Maulidur Rasul.



Sebelum mesyuarat dimulakan telah diadakan Majlis Refleksi Murid-murid UPSR 2011.  Seramai 16 orang telah murid telah menerima hadiah UPSR daripada PIBG.  Replikan wang bantuan kerajaan teah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato Hj. Adam b. Sumiru kepada tuan Guru Besar, En. Zamani b. Hj. Ahmad.  Dato Hj. Adam juga menyampaikan hadiah-hadiah UPSR diiringi YDP PIBG Dato Dollah b. Hj. Said.


Selesai ucapan dan persembahan, Mesyuarat Agung PIBG pun dijalankan.  Cikgu Riduan telah dilantik sebagai setiausaha yang baru sementara Cikgu Abdul Rahman sebagai bendahari.


Murid-murid yang berkumpul di dewan besar pula menyertai perarakan maulud dengan diawasi guru-guru dan anggota polis yang bertugas.  Penceramah jemputan Maulidur Rasul pada hari tersebut ialah Ustaz Fathul Munir.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan