Memaparkan catatan dengan label Program Nilam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program Nilam. Papar semua catatan

Sabtu, 10 September 2011

*ANUGERAH NILAM SESI KEDUA 2011*


Pada hari Isnin, 22 Ogos yang lalu, Pusat Sumber sekolah telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Nilam Sesi ke-2 bagi tahun 2011.


Seramai 14 orang murid telah menerima Sijil Nilam pada kali ini.  Mereka terdiri daripada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6.  Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Zamani b. Hj. Ahmad, Guru Besar SK Mohd Khir Johari.

Berikut ialah senarai nama penerima Anugerah Nilam sesi kedua pada tahun ini:


Emas

1.   Aqilah bt. Kamaruzaman  5A   Emas
2.   Nur Fatin Syahira bt. Mohd Fazlin  5A   Emas
3.   Balqis bt. Rahmat   5C   Emas

Perak
-Tiada-

Gangsa

1.  Maisarah bt. Abd Aziz   5A   Gangsa
2.  Fatin Nabila Hanim bt. Ismail  5A  Gangsa
3.  Noor Asilah Najwa bt. Sazali  5C   Gangsa
4.  Nur Zafirah Syamimi bt. Norman  5C  Gangsa
5.  Siti Norimah bt. Mohd Nor  5D  Gangsa
6.  Nur Ain Natasha Fatima bt. Zakaria   4A  Gangsa
7.  Nur Mashitah FAtima bt. Zakaria  4A  Gangsa
8.  Anis Surianie bt Abd Gharif  4D  Gangsa
9.  Muhammad Hakimi b. Mohd Shafii  4D  Gangsa
10.Efa Afiqah bt. Mohd Rozi  4D  Gangsa
11.Fatin Nur Syakirah bt. Shahrom  4D  Gangsa

Tahniah kepada murid-murid yang berjaya.  

Khamis, 26 Mei 2011

*ANUGERAH NILAM KUMPULAN 1 - 2011*


Pada hari Jumaat, 13 Mei 2011 yang lalu, seramai 11 orang murid telah menerima sijil Nilam dan lencana Nilam mengikut pencapaian masing-masing.  Majlis telah disempurnakan oleh En. Mohd Shukri b. Sultani.   Mereka yang berjaya mendapat anugerah pada kali ini ialah:

EMAS

1.  Mohd Noor Fikry b. Abd Rahim  6  Arif
2.  Muhamad Asri b. Norazizi   6 Bestari
3.  Ismah Afiqah bt. Norizan   5 Arif            

PERAK

1.  Nur FAtin Syahira bt. Mohd Fazlin   5 Arif
2.  Natasha Nazliza bt. Mohd Nizam   5 Arif
3.  Aqilah bt. Kamaruzaman    5 Arif

GANGSA

1.  Mohd Amirul Hasif b. Abd Majeed   5 Arif
2.  Lailatuzahroh bt. Lokman   5 Bestari
3.  Nur Fatin Izzati  bt. Hairul Anuar   5 Gigih
4.  Nurul Atirah bt. Mohd Kifli   5 Gigih
5.  Sharifah Natasha Safiyyah bt. Syed Murtadha   3 Arif

Tahniah kepada murid-murid yang menyahut cabaran Nilam.   Teruskan usaha anda!

Isnin, 11 April 2011

*JOM BACA BUKU*


Jom baca buku.   Ada pelbagai buku di pasaran.   Kedai-Buku.com menyediakan pelbagai buku.   Anda pasti teruja untuk membaca buku apabila anda melayari laman web kedai buku ini.   Malah, kedai buku ini juga menyediakan sinopsis bagi buku - buah buku yang terpilih!

http://www.kedai-buku.com

Cuba lihat senarai buku yang ada.  Hebat bukan.  Jom baca buku.  Jangan lupa lengkapkan buku NILAM anda.  

Selasa, 8 Mac 2011

*KEPUTUSAN ANUGERAH NILAM 2011*


Anugerah NILAM peringkat Negeri Johor telah dijalankan selama dua hari di BTPN Johor iaitu pada 2 dan 3 Mac 2011.   Anugerah ini meliputi kategori sekolah rendah dan sekolah menengah.   Berikut ialah keputusan penuh...

Jumaat, 11 Februari 2011

*ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU*


Anugerah Nilam Peringkat Daerah Johor Bahru 2011 telah diadakan di PKG Gelang Patah, Johor Bahru.   Atur cara majlis pada hari Selasa, 8 Februari itu bermula dengan...


Isnin, 29 November 2010

*KEMPEN 1 BUKU 1 MURID*

Sempena Hari Terbuka untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2010 pada hari Sabtu, 13 November 2010, pusat sumber sekolah telah melancarkan kempen 1 Buku 1 Murid.   Surat edaran untuk sumbangan buku telah diedarkan kepada ibu bapa/ penjaga murid-murid di sekolah ini beberapa minggu sebelum hari terbuka tersebut.



Jumaat, 1 Oktober 2010

*SINOPSIS CERITA*

SINOPSIS CERITA 

Buku 1

Buku berjudul Semusim Penantian ini dikarang oleh Haryani Luqman.   Buku ini mengandungi 100 muka surat.  Anugerah Publications menerbitkan buku ini pada tahun 2007.   Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah. Buku ini merupakan buku fiksyen Bahasa Melayu.

Sinopsis cerita : Buku ini menceritakan tentang Nia yang melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya bersama kawan karibnya Saira.  Sewaktu belajar di UM, Nia menaruh hati pada seorang jejaka bernama Airil.  Namun Airil tidak mengetahui tentang perasaan murni Nia itu.  Akhirnya Nia meluahkan perasaannya di atas sehelai kertas.  Pada suatu hari, Saira telah mencuri surat Nia itu dan memberikannya kepada Ayu (rakan sekuliahnya).  Ayu menyelitkan surat itu ke dalam buku Airil.
Apakah yang akan berlaku seterusnya? dapatkan buku Semusim Penantian di Perpustakaan Sekolah.




Buku 2



Buku berjudul Menjejak Sinar ini merupakan Antologi Peraduan Menulis Cerita Kanak-kanak Hari Guru 2006.  Buku ini mengandungi 306 muka surat.   Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan buku ini pada tahun 2007.  Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah.  Buku ini merupakan fiksyen Bahasa Melayu.


Sinopsis cerita : Buku ini juga memuatkan 48 cerpen yang diangkat daripada Peraduan Menulis Cerita Kanak-kanak Hari Guru Tahun 2006. Cerpen yang terpilih dalam antologi ini ialah cerpen yang memenangi tempat pertama, kedua, ketiga dan lima cerpen hadiah sagu hati.   Cerpen-cerpen yang dihasilkan berlatarbelakangkan pelbagai lapisan masyarakat dan aspek kehidupan.  Cerpen dalam antologi ini digarap berdasarkan tema "Pelajar Cemerlang Generasi Gemilang".

Selasa, 29 Jun 2010

*KEMPEN GALAKAN MEMBACA - NILAM*

SINOPSIS CERITA

Buku 1

Buku berjudul Doa Ibu ini dikarang oleh Talib Samat.   Buku ini mengandungi 232 muka
surat.  Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd menerbitkan buku ini pada tahun 2006.   Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah dengan bar kod 002545. Buku ini merupakan buku fiksyen Bahasa Melayu.

Sinopsis cerita : Buku ini menghimpunkan sejumlah besar cerpen-cerpen remaja yang memfokuskan pelbagai tema dan persoalan hidup insan remaja dan dewasa di Malaysia.   Antara persoalan utama yang digarap oleh pengarang termasuklah persoalan pencemaran alam sekitar, keagamaan, kegigihan remaja miskin membangun cita-cita dan perjuangan membantu masyarakat.



Buku 2

Buku berjudul Kakakku Sayang ini dikarang oleh Hakimi Muhammad.   Buku ini mengandungi 73 muka surat.  Pustaka Ilham menerbitkan buku ini pada tahun 2006.   Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah dengan bar kod 002548 . Buku ini merupakan buku fiksyen Bahasa Melayu.

Sinopsis cerita : Buku ini mengisahkan tentang Kamal yang malas menolong kakaknya Asrina.  Kerja-kerja rumah biasanya dilakukan oleh kakaknya.  Suatu hari kakaknya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.   Kamal yang tinggal di rumah tidak tahu membuat sebarang kerja.   Dia menyesal kerana tidak belajar dari kakaknya melakukan tugasan di rumah.





Buku 3


Buku berjudul Badai Semalam ini dikarang oleh seorang penulis tersohor iaitu Khadijah Hashim.  Buku ini mengandungi 222 muka surat.  K Publishing menerbitkan buku ini pada tahun 2000.   Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah dengan bar kod 28074.  Buku ini merupakan buku fiksyen Bahasa Melayu.

Sinopsis cerita : Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup dua insan iaitu Mazni dan Zaki.   Mereka menempuh pelbagai cabaran, hujan dan badai dalam mencari nilai persahabatan.   Mereka sanggup berkorban demi orang yang tersayang.   Namun akhirnya Mazni meninggalkan Zaki untuk meneruskan cita-cita menjadi seorang mahasiswa di Kuala Lumpur.



Buku 4




Buku berjudul Sayang Tak Berbelah Bagi ini dikarang oleh WS Uzala.   Buku ini mengandungi 183 muka surat.  Sama Publications menerbitkan buku ini pada tahun 2006.   Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah dengan bar kod 002547.  Buku ini merupakan buku fiksyen Bahasa Melayu.

Sinopsis cerita : Buku ini mengisahkan tentang pergolakan yang berlaku dalam sebuah keluarga Cina yang menguruskan kilang papan.   Tauke Chew bersama anak-anaknya menguruskan kilang tersebut.  Keluarga mereka dibantu oleh seorang pembantu rumah wanita bernama Nang Chian.  Pada masa yang sama, Tauke Chew berusaha mencari kakak kandungnya yang terpisah sejak kecil.


Isnin, 24 Mei 2010

*ANUGERAH NILAM KUMPULAN 2 - 2010*

Pada hari Isnin, 24 Mei 2010, seramai 23 orang murid telah menerima sijil nilam dan lencana nilam mengikut pencapaian masing-masing.   Mereka ialah:


Sijil Nilam Emas
  1. Nur Sabrina Syahzannani bt. Sa'dullah 5 Cerdas

Sijil Nilam Perak
  1. Rabiatul Adawiyah bt. Zulkifli 5 Arif
  2. Nur Farahin bt. Bahtiar Lotfi 5 Arif


Sijil Nilam Gangsa
  1. Dana Mastika Sari bt. Umar 5 Arif
  2. Siti Nur Ezza bt. Mohamed Sani 5 Arif
  3. Najiha bt. Umar 5 Arif
  4. Noor Fia Amanisha bt. Abd Rahman 5 Arif
  5. Nur Atirah bt. Rossim 5 Arif
  6. Ahmad Fakhruzzaman b. Murad 5 Arif

  7. Afiqah Nur bt. Zaaba 5 Bestari
  8. Muhammad Raif b. Roslin 5 Bestari
  9. Nur Syamira bt. Rozaidee 5 Bestari
10. Nurul Amirah bt. Mohd Azman 5 Bestari
11. Nabila bt. Abd Hamid 5 Bestari
12. Mohd Ariffin b. Monsi 5 Bestari
13. Azmi Sofyan b. Mohd Zain 5 Bestari

14. Nur Azreen bt. Azli Shah 5 Cerdas
15. Nabilah bt. Johan 5 Cerdas
16. Nor Shalyn b. Zulkply 5 Cerdas
17. Muhamad Asri b. Nor Azizi 5 Cerdas

18. Nurul Shafiqah bt. Rosli 5 Gigih

19. Natasha Nazliza bt. Mohd Nizam 4 Arif
20. Noor Asilah Najwa bt. Hj. Sazali 4 Arif

Tahniah kerana menyahut cabaran Nilam.


Khamis, 6 Mei 2010

*PROGRAM NILAM*

"Membaca Jambatan Ilmu"
"Bangsa Membaca Bangsa Berjaya"
"Buku : Lakaran Masa Depan"
"Membaca Santapan Minda"
"Rajin Membaca Pasti Berjaya"
"Membaca Amalan Mulia"
"Anda tidak kesunyian jika mempunyai buku"


Pelbagai kempen dilakukan untuk menggalakkan murid-murid membaca.   Pihak sekolah juga tidak ketinggalan dalam menyemarakkan gerakan membaca terutama dalam menjayakan Sambutan Hari Buku Sedunia pada 23 April yang lalu. Murid-murid digalakkan membaca dan mencatat sinopsis di dalam buku nilam.


Walaupun kemajuan teknologi semakin mengikis semangat membaca di kalangan masyarakat namun usaha untuk mendidik generasi muda dengan tabiat membaca tidak akan luntur.   Tabiat membaca perlu disemai sejak dari kecil ibarat kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.   Teruskan membaca anak-anak didikku.

Selasa, 20 April 2010

*ANUGERAH NILAM KUMPULAN 1 - 2010*

Pada hari Isnin, 19 April 2010 seramai 15 orang murid sesi pagi telah berjaya menerima sijil nilam dan lencana nilam.   Kumpulan pertama ini terdiri daripada murid-murid Tahun 5 yang telah menunjukkan pencapaian peringkat gangsa kerana telah berjaya membuat catatan sinopsis dalam buku nilam melebihi 90 buah buku.  Hanya seorang murid sahaja berjaya menerima sijil nilam peringkat perak kerana telah membaca melebihi 180 buah buku.

Rabu, 3 Februari 2010

*PROGRAM NILAM?*

Tak ramai yang faham tentang Program NILAM.  Bagaimana pelaksanaan Program NILAM?   Guru-guru, ibu bapa mahupun murid-murid sendiri sering tertanya-tanya tentang program ini.   Setiap tahun ramai yang membeli buku nilam di sekolah tetapi tidak tahu menggunanya.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara terancang dan berterusan melalui pelaksanaan Program NILAM.   Ini selaras dengan Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 yang telah mengarahkan semua sekolah di bawah KPM menjalankan program ini bermula Januari 1999.   Buku Panduan Konsep dan Pelaksanaan di Sekolah telah diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (1998).