ALUMNI

1. Anda ada gambar kenangan sewaktu bersekolah di SK Mohd Khir Johari dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan yang melayari blog ini?  Hantarkan gambar kenangan tersebut berserta sedikit catatan ke alamat: skmkj1956@gmail.com  Gambar anda akan disiarkan di ruangan alumni ni.   Terima kasih.



2. Terdapat beberapa laman dalam facebook yang membuat alumni untuk bekas murid/bekas guru di SK Mohd Khir Johari, Johor Bahru.   Antaranya ialah:






3. Pertandingan Uji Kesetian blogspot SKMKJ. (Pertandingan telah ditutup pada Mei 2011 yang lalu)
Senarai nama pemenang dicatatkan dalam blogspot sekolah sempena Hari Guru 2011.



Sempena Hari Guru pada 16 Mei nanti, Pusat Sumber Sekolah ingin memberi hadiah kepada 9 orang warga Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari yang setia melayari blog sekolah ini.  Anda perlu menyertai pertandingan yang kami sediakan.


Syarat-syarat penyertaan:

1.  Terbuka kepada murid (Tahun 1 hingga Tahun 6), guru (sesi pagi dan sesi petang) dan kakitangan SK Mohd Khir Johari (kerani dan pekerja am).  Semua orang boleh masuk asalkan warga SKMKJ.
2.  Setiap keluarga hanya layak menerima satu hadiah sahaja.
3.  Semua penyertaan hendaklah dihantar melalui e-mel ke alamat skmkj1956@gmail.com.
4.  9 peserta yang dapat menjawab dengan betul berserta slogan yang menarik akan menerima hadiah semasa Hari Guru.
5.  Nama para pemenang akan diumumkan di dalam blog ini.
6.  Tiada sebarang bayaran dikenakan.  Percuma!
7.  Layari laman blog dan rujuk bahan-bahan di dalam blog untuk mendapatkan maklumat.
8.  Selamat mencuba.
9.  Hantar segera!

Jawab soalan-soalan berikut:


1.  Siapakah yang memenangi Anugerah Guru Paling Popular (lelaki) sesi petang 2010? (Rujuk kandungan blog - Tajuk Hari Guru)
2.  Bilakah Jabatan Pelajaran Negeri Johor menaik taraf sekolah ini kepada sekolah bantuan penuh kerajaan? (Rujuk *Sejarah)
3.  Apakah maksud A pada logo sekolah ini? (Rujuk *Profil)
4.  Siapakah pemenang tempat ketiga Anugerah Nilam peringkat daerah Johor Bahru bagi kategori sekolah rendah  bandar 2011? (Rujuk *Pusat Sumber)
5.  Apakah nama sungai di negeri Arkansas yang menjadi tempat berlakunya kejadian lebih 100 000 ekor ikan mati? (Rujuk *Gedung Ilmu)
6.  Siapakah nama seorang pemeriksa kira-kira dalam kalangan ibu bapa yang dilantik menjadi AJK PIBG pada tahun 2010 yang lalu? (Rujuk *PIBG)
7.  Berapa meterkah tinggi bangunan Pusat Kewangan Dunia Shanghai? (Rujuk *Bangunan pencakar langit)
8.  Berapakah berat surat khabar lama yang berjaya dikumpul oleh kumpulan Mohd Addiq dan rakan-rakannya sempena bulan Sains 2010? (Rujuk kandungan blog - Tajuk Panitia Sains)
9.  Bom apa yang tidak meletup? (Rujuk *Teka-teki)
10.  Mengapakah pelajar-pelajar dari Politeknik Pasir Gudang datang bersama pensyarah mereka ke Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari? (Rujuk kandungan blog - Tajuk Origami)

slogan:

Saya suka melayari blog SKMKJ kerana................... (tidak kurang 15 perkataan).


Dapat jawapannya? Mudah sahaja.   Hantar segera semua jawapan melalui e-mel ke skmkj1956@gmail.com.   Semoga anda berjaya!


--------------------------------------------------------------------------------------------------------