Isnin, 29 November 2010

*KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-39*

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-39 SK Mohd Khir Johari telah diadakan pada hari Rabu, 10 November 2010 bertempat di padang sekolah.   Majlis dimulakan  pada jam 8.00 pagi dengan acara perbarisan lintas hormat pasukan unit beruniform dan rumah sukan.






Selepas itu, majlis diteruskan dengan bacaan doa dan ucapan guru besar.   Perasmian upacara kejohanan kali ke-39 telah dilakukan oleh YB Tn. Hj. Adam b. Sumiru, ADUN Tanjung Puteri.  Naib YDP PIBG, Tn. Hj. Ali b. Senawi turut menghadiri kojohanan olahraga pada kali ini.


Selesai sahaja ucapan perasmian, ketua pengawas sekolah membaca ikrar kejohanan dan diteruskan dengan acara menaikkan bendera kojahanan.   Ini diikuti dengan perbarisan keluar pasukan unit beruniform dan rumah sukan dari padang sekolah.


Selepas itu, sekumpulan murid Tahap 1 mengambil tempat di padang sekolah dengan membuat persembahan senam robik yang menghiburkan.


Kemudian, acara larian/balapan yang dinanti-nantikan pun bermula.   Berikut ialah acara balapan yang dijalankan  pada hari tersebut:
80 meter L dan P   ABC
200 meter L dan P  ABC
4 X 50 meter L dan P ABC
4 X 100 meter L dan P ABC
A = Tahun 5
B = Tahun 4
C = Tahun 3


Keputusan:
Pada kejohanan kali ke-39 ini, pasukan rumah Biru ( Dato Mustafa) telah menjadi johan keseluruhan.  Tahniah!   Perbarisan rumah sukan pula dimenangi oleh rumah Kuning (Dato Abdullah).   Sementara itu, perbarisan unit beruniform diungguli oleh pasukan pengakap sekolah.   Keceriaan rumah sukan pula dimenangi oleh rumah Merah ( Dato Muhammad).


Olahragawan sekolah bagi tahun 2010 ialah Mohd Safwan b. Rashid dari rumah Kuning dan olahragawati pula dimenangi oleh Siti Zulaikha bt. Lukman dari rumah Merah.   Syabas kepada anda berdua!   Majlis pada tahun ini meriah dengan acara larian 4 x 50 guru-guru lelaki dan perempuan serta acara tarik tali untuk guru-guru dan ibu bapa.


Kejohanan olahraga berakhir kira-kira jam 2.00 petang.   Walaupun keadaan cuaca agak panas namun para peserta dan guru-guru serta ibu bapa yang hadir tidak berganjak sehinggalah ke akhir majlis dengan nyanyian lagu Negaraku.


Bagi pihak sekolah, tahniah kepada Pn. Cheok Chai Hoon atas kejayaan majlis pada hari tersebut dan ini merupakan tugasan terakhir beliau sebelum bersara pada bulan Disember ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan