Memaparkan catatan dengan label Kisah Lucu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Lucu. Papar semua catatan

Rabu, 1 September 2010

*KISAH LUCU*

Anda  stres?
Anda bosan?
Anda ngantuk?
Cuba baca lawak di bawah.  Moga hilang semuanya. Hahaha.

Kisah Lucu 1

Pada suatu hari seorang ibu bercerita kepada anaknya.
Ibu : Dulu keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup
untuk 7 keturunan.
Anak : tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat ibu?
Ibu : kerana kita keturunan yang ke-8.



Kisah Lucu 2


Seorang pengembara sedang meninjau kawasan di pedalaman Amazon, Afrika Selatan.  Tiba-tiba lelaki itu dikepung oleh sekumpulan orang asli Afrika yang kelaparan.

"Oh Tuhan, matilah aku kali ini..." bisik hatinya.

Ketika itu juga muncul  satu kilauan cahaya dari langit dan terdengar suara bergema :

"Tidak anakku.  Ajalmu masih belum tiba.   Ambil batu dekat kakimu dan pukul kepala pemimpin mereka yang berdiri di depanmu itu."

Si pengembara  dengan berani mengambil batu itu lalu menyerang dan  memukul kepala pemimpin orang asli tersebut dengan sekuat hatinya hingga mati.

Apalagi, anggota kumpulan orang asli Afrika itu menjadi marah lalu mengepung dan bersedia untuk memanah lelaki pengembara itu.

Ketika itu juga sekali lagi kilauan cahaya dari langit muncul dan terdengar suara bergema :

"Nah, sekarang baru ajalmu tiba anakku ".

Jumaat, 28 Mei 2010

*MENJERIT BERSAMA*

Lima orang budak sedang bermain di tepi sungai.   Tiba-tiba salah seorang dari mereka terjatuh ke dalam sungai sedangkan mereka semua tidak pandai berenang.

Lalu salah seorang daripada budak-budak itu menjerit "Tolong, Tolong". 
 
Oleh sebab jeritan itu agak perlahan dan tidak didengari oleh orang lain lalu salah seorang budak itu berkata, "Mungkin lebih baik kalau kita semua menjerit bersama"

"Ya.   Idea yang sangat bagus" jawab rakannya yang lain dan mereka semua mula menjerit "Bersama ! Bersama!"

Sabtu, 15 Mei 2010

*KISAH LUCU*

Tidak ada jerung



Ketika saya dan kawan saya pergi berenang di sungai Zambezi Mozambique,
saya bertanya kepada seorang budak lelaki yang sedang asyik memancing
apakah ada jerung di sungai tersebut.
Budak itu menjawab: "Tidak!"
Kemudian saya dan teman saya terjun ke dalam sungai dan mula berenang tetapi
saya kurang percaya.    Maka setelah beberapa minit, saya kembali bertanya
untuk meyakinkan apakah betul tidak ada jerung di sungai itu.
Dia menjawab: "Tidak ada jerung kerana jerungnya takut dengan buaya yang ada
di sini!!!"



Taulah akibatnya 


Suatu pagi... seorang lelaki pergi menemui doktor gigi untuk mencabut gigi gerahamnya
yang rosak. Badannya besar dan gagah tetapi sangat takut dengan jarum suntikan.
Sewaktu doktor mahu menyuntik... lelaki tadi berkata.."Doktor... tolong jangan suntik, saya takut!".
Mengetahui pesakitnya jenis penakut lalu doktor menawarkan segelas air ubat penenang untuk
diminum agar rasa takutnya berkurangan.
Lalu si doktor berkata... "Bagaimana, anda sudah lebih berani sekarang?".
Lelaki menjawab... "Ya.. sekarang saya berasa lebih berani... Siapapun yang menyentuh gigi saya akan tau akibatnya..."

*JOKES TO MAKE YOU LAUGH*


1.   Kuih apa yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
      Kuih salah bikin.

2.   Binatang apa power Karate?
      Kuda belang.  Cuba kira berapa black belt dia ada. 

3.   Siape yang menemukan dompet kulit?
      Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saya. 



4.   Pintu apa yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
      Pintu yang ade tulis 'TARIK' 

5.   Saya ada 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
      Pembohong... 

6.   Binatang apa yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
      Kutu rambut 

7.   Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?
      Tukang gali kubur 

8.   Kenapa pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
      Mestilah kene tebang, sapa nak cabut pokok kelapa ...gila apa...