Isnin, 27 Februari 2012

KEJOHANAN HOKI MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR 2012

Pada 24 hingga 26 Februari 2012, telah berlangsung Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah-sekolah Johor.  Pertandingan ini telah diadakan di Stadium Hoki Taman Daya.

Dalam pertandingan itu, seramai 8 orang pemain dari SK Mohd Khir Johari telah mengambil bahagian.  Pasukan SKMKJ sebelum ini telah menjuarai pertandingan hoki peringkat daerah Johor Bahru.  Para pemain telah mendapat bimbingan daripada Cikgu Sofi b. Ahmad dan mendapat sokongan penuh daripada warga sekolah terutama GPK Kokurikulum, Pn. Rafidah bt. Mohd Yussup.


Pada pertandingan separuh akhir, pasukan Johor Bahru telah mengalahkan daerah Pasir Gudang.  Pada peringkat akhir pula, pasukan hoki perempuan Johor Bahru menewaskan daerah Kluang untuk mengungguli detik-detik bersejarah ini.


Anugerah Emas Pasukan Hoki Perempuan Bawah 12 Daerah Johor Bahru dalam pertandingan hoki MSSJ 2012 dimenangi oleh Johor Bahru.  Syabas!  Semoga kejayaan akan terus dicapai di peringat kebangsaan nanti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan