Pada hari Isnin, 16 Ogos 2010, Panitia Sains sekolah ini telah mengadakan majlis penyampaian hadiah untuk para pemenang sempena bulan Sains yang lalu.
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER ALAM SEKITAR
Tahun 4 - Johan - Ismah Afiqah bt. Norizan 4 Arif
Tahun 5 - Johan - Nur Amira Azlin bt. Azahari 5 Bestari
Tahun 6 - Johan - Nabilatul Ain bt. Rashid 6 Cerdas
PERTANDINGAN SCIENCE CHALLENGE
Tahun 4 - Amirul Hasif b. Abd Majid 4 Arif
Tahun 5 - Mohd Nur Fadhli b. Faroukhee Azley 5 Bestari
Tahun 6 - Nur Fitri Sarina bt. Zainul Fuadi 6 Arif
PERTANDINGAN KITAR SEMULA - kumpul surat khabar lama
Johan - Mohd Mujahid Danial dan rakan (5 Arif) 136.245 kg
Naib Johan - Mohd Addiq dan rakan (5 Arif) 120.980 kg
Ketiga - Faiqmal b. Zainal Abidin (6 Bestari) 29.730 kg
Memaparkan catatan dengan label Panitia Sains. Papar semua catatan

Rabu, 25 Ogos 2010
Khamis, 29 Julai 2010
*ULAR SAWA DI KAWASAN SEKOLAH*
JOHOR BAHRU, Khamis 29 Julai 2010 - Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari digemparkan dengan ular sawa yang berada di kawasan sekolah. Beberapa ekor ular sawa ditemui bekeliaran di kawasan astaka sekolah. Ada yang berlingkar dan ada pula yang menjalar di atas palang.
Ular sawa jenis batik dan albino kuning ini menarik perhatian murid-murid sekolah. Anehnya ada murid-murid yang berani mengambil gambar bersama ular-ular sawa tersebut.
Kejadian ini sebenarnya berlaku dalam aktiviti di Zoo Mini yang dianjurkan oleh Panitia Sains SK Mohd Khir Johari dengan kerjasama pihak Zoo Negeri Johor. Astaka sekolah menjadi lokasi untuk murid-murid mengadakan lawatan melihat spesies-spesies haiwan dengan lebih dekat. Antara haiwan lain yang terdapat di Zoo Mini ialah tupai, merpati, musang, labi-labi, cicak besar, tikus belanda, ikan dan arnab.
Semoga usaha panitia sains ini memberikan faedah yang besar kepada murid-murid terutama dalam mengenali ciri-ciri haiwan yang terdapat di sekeliling mereka. Sambil berseronok murid-murid juga dapat melihat dengan lebih dekat contoh-contoh haiwan yang hidup di air, darat, udara dan serta binatang berbisa.

*PAMERAN BARANG KITAR SEMULA*
Pada hari Rabu, 28 Julai 2010, Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari telah mengorak langkah mengadakan Pameran Kitar Semula di Makmal Sains Sekolah.
Pameran yang diadakan sempena bulan Sains ini mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru. Bahan-bahan pameran ini telah menarik minat ramai murid. Selain bahan-bahan pameran, murid-murid juga diberi penerangan tentang Program Kitar Semula oleh pegawai bertugas.
Sempena bulan Sains ini juga, pertandingan mengumpul surat khabar lama turut diadakan dan pemenang akan diumumkan pada perhimpunan hari Isnin yang akan datang. Pastikan surat khabar lama tidak disimpan begitu sahaja. Kitar semula. Selamatkan alam kita.

Langgan:
Catatan (Atom)