Memaparkan catatan dengan label Guru Berpindah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Guru Berpindah. Papar semua catatan

Jumaat, 19 November 2010

*PERTUKARAN EN. MOHD YASIM B. MUSA*

En. Mohd Yasim b. Musa mula berkhidmat di SK Mohd Khir Johari sejak tahun 2002.   Beliau yang berasal dari Kelantan akan berpindah ke Trengganu mulai 2011.   Di sekolah ini, beliau mengajar subjek Sains Tahun 6 dan pernah menjadi guru bilik tayang, guru data, guru IT dan penghulu kepada kuarters guru yang baru siap dibina.



*PERPINDAHAN PN. NORAISHA BT MD ALI*

Pn. Noraisha bt. Md Ali mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari pada Mei 2005. Beliau berkhidmat sebagai guru prasekolah di sekolah ini. Beliau juga merupakan orang kuat pasukan rumah biru. Beliau akan berpindah ke Putrajaya mulai 2011.



*PERPINDAHAN PN. NURUL AINA BT. MOHD HUSSIN*

Pn. Nurul Aina bt. Mohd Hussin mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari pada awal tahun 2010.  Pn. Nurul Aina berasal dari Seremban dan bekas mahasiswa UKM dalam bidang statistik.   Beliau mengajar subjek Matematik dan Bahasa Inggeris di sekolah ini.   Beliau akan berpindah ke Selangor mulai 2010.



Jumaat, 4 Jun 2010

*PERTUKARAN PN. FADHLINA BT. MOHAMMAD ROHMATULLAH*

Seorang lagi guru dari sekolah ini iaitu Pn. Fadhlina bt. Mohammad Rohmatullah akan meninggalkan SK Mohd Khir Johari kerana berkhidmat di tempat baru iaitu di SK Bandar Puchong (2) Selangor.   Pn. Fadhlina mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 Januari 2008.
Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baharu kepada Pn. Fadhlina.   Segala jasa baik dan bakti yang telah dicurahkan Allah jua yang membalasnya. Kata-kata akhir Pn. Fadhlina kepada guru-guru dan murid-murid sekolah ini:
Buat semua guru SKMKJ, selamat maju jaya dalam menaburkan ilmu kepada anak bangsa dan ikhlas dalam perjuangan ini.   Buat murid-murid yang disayangi, teruskan usaha dalam mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.   Terima kasih semua.

Khamis, 3 Jun 2010

*PERTUKARAN CIK MARYANI BT. YUSOF*

Murid-murid dan warga SK Mohd Khir Johari ingin mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada Cik Maryani bt. Yusof.   Beliau merupakan kaunselor sepenuh masa di sekolah ini semenjak 1 Januari 2009. En. Maryani akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bahru mulai 1 Jun 2010.   Segala jasa dan pengorbanan beliau di sekolah ini amat dihargai.   Sebelum bertukar ke sekolah baharu, Cik Maryani sempat menuliskan kata-kata akhir buat guru-guru dan murid SKMKJ yang disayangi:

Warga SKMKJ yang disayangi,
Terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada saya meluahkan isi hati saya ini.  Sebenarnya berat hati saya nak meninggalkan sekolah ini kerana banyak sangat kenangan manis yang saya lalui di sekolah ini dan SKMKJ ini merupakan sekolah pertama saya. Walaupun begitu, saya terpaksa juga pergi ke SK Taman Suria untuk berkhidmat di sana. Semoga warga SKMKJ tidak akan melupakan saya. Kalian tetap tersemat di dalam hati saya. Saya mendoakan semoga SKMKJ No.1 di Johor Baharu. Akhir kata, doakan saya supaya dapat menjalankan tugas dengan baik di sekolah tersebut. Terima kasih warga SKMKJ dan Selamat Maju Jaya. Wassalam.