Rabu, 3 Februari 2010

*PROGRAM NILAM?*

Tak ramai yang faham tentang Program NILAM.  Bagaimana pelaksanaan Program NILAM?   Guru-guru, ibu bapa mahupun murid-murid sendiri sering tertanya-tanya tentang program ini.   Setiap tahun ramai yang membeli buku nilam di sekolah tetapi tidak tahu menggunanya.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara terancang dan berterusan melalui pelaksanaan Program NILAM.   Ini selaras dengan Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 yang telah mengarahkan semua sekolah di bawah KPM menjalankan program ini bermula Januari 1999.   Buku Panduan Konsep dan Pelaksanaan di Sekolah telah diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (1998).


Pertandingan NILAM Peringkat Daerah Johor Bahru telah diadakan pada 28 Januari 2010 di PKG Tasek Utara. Seramai 27 peserta daripada 21 buah sekolah telah mengambil bahagian.   Keputusan rasmi NILAM peringkat Daerah Johor Bahru adalah seperti berikut:

Kategori Sekolah Rendah Bandar
JOHAN- Salwin a/p Balasubramaniam (SK Taman Mutiara Rini)
NAIB JOHAN – Farha Nadhirah bt Mohd. Ghani (SK Bandar Uda 2)
KETIGA – Dinisha a/p Mohan (SK Sri Tebrau)


Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar
JOHAN – Nurul Natasha Ashikin bt Johari ( SK Taman Universiti 3)
NAIB JOHAN – Chew Yu Qian (SJKC Pu Sze)
KETIGA – Muhamad Ainul Azam b. Zakaria ( SK Sri Skudai)
Kategori Sekolah Menengah Bandar
JOHAN – Liyana Syahirah bt Muhamad Yusof ( Sekolah Tun Fatimah)
NAIB JOHAN – Nur Qistina bt Kamarudzaman ( Sekolah Tun Fatimah)
KETIGA – Norlita Adiana bt. Abdul Hadi (SMK Mohd. Khalid)
Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar
JOHAN – Normajihah Nadia bt Hasbullah ( SMK  Gelang Patah )
_____________________________________________________________________________________________


Murid-murid yang ingin mengambil bahagian dalam Pertandingan NILAM akan dinilai dalam kategori berikut:

1.  Buku-buku catatan NILAM yang terkandung catatan bacaan melebihi 360 buah buku.   Buku di"binding" dan dituliskan nama sekolah dengan jelas.
2.  Folio murid / buku skrap tentang murid yang mengandungi gambar murid, biodata murid, keputusan peperiksaan murid, sijil-sijil nilam dan sijil-sjil penyertaan dalam akademik dan kokurikulum yang mewakili kelas, sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
3.  Karangan yang ditulis oleh murid pada hari pertandingan NILAM.
4.  Temuduga oleh panel hakim dan akan disoal tentang sinopsis buku, isu semasa dan kefahaman tentang  petikan yang dibaca.

_______________________________________________________________________________________________

 Berikut ialah maklumat tentang Program NILAM.

MATLAMAT
  • Membina tabiat membaca di kalangan pelajar
OBJEKTIF
  • Menjadikan pelajar banyak membaca
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi meyemai tabiat membaca.
 REKOD
  •  Pelajar diwajibkan menulis ringkasan di dalam buku bacaan Program NILAM

 SAH
  •  Guru dan Ibubapa/penjaga pelajar perlu mengesahkan rekod buku bacaan Program NILAM

 IKTIRAF
  •  Murid perlu diberi pengiktirafan mengikut tahap bacaan.

GANJARAN

            Murid yang berjaya menamatkan Program NILAM berkeistimewaan untuk pemilihan ke Sekolah Kawalan dan Sekolah Berasrama Penuh.
                        
                       
      
    TAHAP RAKAN PEMBACA 

    • Setelah membaca 100 buah buku, pelajar layak memasuki Kumpulan Tahap Rakan Pembaca 
    • Satu kumpulan terdiri daripada 10 orang pelajar yang akan dibimbing oleh seorang guru ( fasilitator ).  
    • Pelajar Rakan Pembaca perlu mempunyai sifat sentiasa ingin berkongsi maklumat, amanah, buku di tangan, kepimpinan dan boleh menarik minat rakan, jiran serta keluarganya yang kurang minat membaca. 
    • Di antara aktiviti Rakan Pembaca yang disarankan ialah bercerita,  bicara buku, membaca bersama dan meminjamkan buku.
    • Banyak aktiviti dan sesi Rakan Pembaca yang boleh diadakan daripada sebuah buku. 
    • Markah maksimum adalah 5 walaupun pendengar/pembaca/peminjam lebih daripada 5.

    • Aktiviti Rakan Pembaca boleh dijalankan secara terancang seperti di dalam kelas semasa perhimpunan atau secara tidak formal seperti di rumah/ padang permainan/ ketika bersiar-siar bersama-sama jiran/ keluarga dan sebagainya.


     AKTIVITI
    CARA PENGIRAAN MARKAH 
     Bercerita
     1 sesi  x  jumlah pendengar
     Bicara Buku
     1 sesi  x  jumlah pendengar
     Membaca Bersama
    1 sesi  x  jumlah pembaca
     Meminjamkan Buku
    1 buku  x  jumlah peminjam


    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan