Rabu, 20 Januari 2010

*RUMAH GURU - SIAPA YANG LAYAK?*

Antara keistimewaan SK Mohd Khir Johari ialah rumah guru yang terletak berhampiran padang sekolah.   Sejak pembinaan sekolah ini sekitar tahun 1956 terdapat beberapa buah rumah guru telah dibina untuk memberi kemudahan tempat tinggal kepada guru-guru yang mengajar di sini.   Rumah guru yang asal telah dibina dalam bentuk "rumah sesebuah" dan diperbuat daripada papan.

Kini masa telah berubah.   Rumah guru yang lama telah usang dan perlu diganti.  Akhirnya pada penghujung tahun 2009 terbinalah dua blok rumah guru. Blok A ialah setinggi 3 tingkat sementara Blok B pula 4 tingkat.   Mereka yang diberi peluang tinggal di sini bukanlah 100% guru-guru SK Mohd Khir Johari tetapi juga kakitangan pendidikan yang lain.

Hanya 6 orang guru SK Mohd Khir Johari yang bertuah dan layak tinggal di rumah guru ini.



Guru-guru SK Mohd Khir Johari yang layak untuk tinggal di rumah guru ini ialah:

1.    En. Abdul Majeed b. Makkai Kutty.
2.    En. Rahisyam b. Ismail
3.    Pn. Norhayati bt. Abd. Rahman
4.    Pn. Noraisha bt. Md. Ali
5.    Pn. Habibah bt. Mohamad
6.    Pn. Rafidah bt. Md. Taib

Catatan
2 orang guru lagi berjaya  tinggal di Rumah Guru ini selepas membuat rayuan.   Mereka  ialah En. Mohd Yasim b. Musa dan Pn. Rosminah bt. Abu Bakar.  Jumlah keseluruhan guru SKMKJ yang tinggal di Rumah Guru ini ialah 8 orang.   Semoga terjalin muhibah yang erat dan mesra dalam kalangan warga rumah guru ini.



 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan