Memaparkan catatan dengan label Kelab Media dan Radio Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelab Media dan Radio Sekolah. Papar semua catatan

Sabtu, 30 April 2011

*BENGKEL ASAS PENYIARAN 2*


Pada hari Jumaat, 15 April 2011 telah diadakan Bengkel Asas Penyiaran kali ke-2 untuk ahli Kelab Media dan Radio Sekolah.   Seramai 44 orang murid telah menyertai bengkel ini lanjutan daripada  bengkel pertama yang diadakan pada minggu lalu.   Bengkel pada kali ini memberi ruang kepada para peserta untuk...

Isnin, 11 April 2011

*BENGKEL ASAS PENYIARAN 1*


Pada hari Jumaat, 8 April 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat, SK Mohd Khir Johari telah diadakan bengkel asas penyiaran untuk murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 yang berminat untuk menjadi juruhebah/DJ (deejay).  Selepas melalui tapisan yang pertama, seramai..

Rabu, 17 November 2010

*LAWATAN KELAB MEDIA DAN RADIO SEKOLAH*

Pada hari Jumaat 12 November dan Sabtu 13 November 2010 pihak PPD Johor Bahru dengan kerjasama Fitrah Media Enterprise (Fuhyoofm) telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke UiTM Shah Alam dan Taylors College untuk ahli kelab media dan radio sekolah.


Ahad, 31 Oktober 2010

*KELAB MEDIA DAN RADIO SEKOLAH*

Kelab Media dan Radio Sekolah Mohd Khir Johari mula ditubuhkan pada 1 Ogos 2010.  Penubuhan kelab ini diilhamkan oleh YB Tn. Hj. Adam b. Sumiru, ADUN Tanjung Puteri.  SK Mohd Khir Johari antara 20 buah sekolah di daerah Johor Bahru yang diminta menubuhkan Kelab Media dan Radio Sekolah.  


Fitrah Media Enterprise ialah syarikat swasta yang membekalkan peralatan radio dan media untuk Studio Mini / Konti SK Mohd Khir Johari.  Semua peralatan ini ialah sumbangan daripada YB ADUN Tanjung Puteri.   Selain itu, Fitrah Media Enterprise juga bertanggungjawab melatih guru-guru dan murid-murid yang menganggotai Kelab Media dan Radio Sekolah (KEMRADS) dengan kos RM3500.  
"Jauharifm"  dijangka mula beroperasi pada awal Januari 2011.  Sepanjang tempoh dari bulan Ogos hingga Nov pelbagai persiapan telah dibuat untuk menubuhkan kelab ini.   Antaranya ialah memilih bilik untuk dijadikan studio mini, menjalankan sesi uji bakat untuk murid-murid dan mengadakan bengkel untuk guru-guru di sekolah ini.  Seramai 40 murid Tahun 4 dan 5 telah terpilih dalam uji bakat yang dijalankan.   Sementara itu, bengkel pertama untuk guru-guru juga telah dijalankan pada hari Sabtu, 23 April yang lalu.  Terima kasih kepada En. Mohd. Marzuki Ismail (DJ senja) dan En. Harun Omar yang telah membimbing kami.
Penubuhan KEMRADS juga disokong oleh Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru.  Banyak sekolah yang telah menubuhkan kelab ini dan menjalankan operasinya.  Antaranya ialah SMK St. Jospeh, SK Kompleks Uda dan SK Taman Suria.
Menurut Tn. Hj. Adam b. Sumiru,  program kokurikulum ini bertujuan menyahut seruan Kementerian Pelajaran berteraskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).   Ini bertujuan memperkasakan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsan serta meningkatkan modal insan dalam bidang pendidikan.

Pada peringkat awal, pelajar sekolah akan diberikan Kursus Asas penyiaran ‘’broadcasting’’ dan segala yang berkaiatan dengan dunia penyiaran negara.   Selepas itu, satu prasarana lengakap akan diadakan di sekolah yang terlibat  dengan mengadakan sebuah studio mini yang akan membolehkan sekolah berkenaan mempunyai sebuah stesen Radio Sekolah.   Stesen ini  bersiaran secara siaran dalam sekolah.
YB Tn. Hj. Adam b. Sumiru berharap program KEMRADS yang diperkenalkan khusus kepada pelajar-pelajar di DUN Tanjung Puteri ini dapat menyahut seruan Kementerian Pelajaran serta menjadikan belia kita golongan yang serba boleh.