Memaparkan catatan dengan label Kenduri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenduri. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Ogos 2010

*KENDURI KESYUKURAN TUAN GURU BESAR*

Pada hari Ahad 1 Ogos yang lalu, En. Zamani b. Hj. Ahmad, Guru Besar SK Mohd Khir Johari bersama isterinya iaitu Pn. Fuziah bt. Hassan telah menjemput semua warga SKMKJ ke rumah anaknya di Taman Laguna berhampiran Taman Perling.  Majlis kenduri kesyukuran itu diadakan selepas waktu maghrib.  Majlis istimewa ini untuk cucu putera dan puteri kesayangan tuan Guru Besar.


Ramai tetamu yang hadir pada majlis tersebut.  Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat.  Kemudian, marhaban dan bacaan selawat diadakan.  Dalam majlis tersebut juga, para tetamu berpeluang untuk melihat cara bercukur dan tahnik yang dilakukan pada bayi yang baru lahir.



Pelbagai juadah disediakan termasuklah kuih muih dan daging kambing.   Kira-kira jam 11.00 malam para tetamu berangkat pulang.  Terima kasih kepada En. Zamani dan Pn. Fuziah atas kesudian menjemput warga SKMKJ.

Isnin, 5 Julai 2010

*KENDURI KESYUKURAN DI RUMAH BARU CIKGU LUTFI B. ISNIN*

Pada hari Sabtu 3 Julai 2010 jam 7.30 malam, Cikgu Lutfi b. Isnin, Guru Sains SK Mohd Khir Johari telah menjemput rakan - rakan guru ke rumah barunya di Setia Tropika.  Kawasan perumahan Setia Tropika, Kempas ini berkonsepkan moden dan berpagar serta berpengawal (gated and guarded).



Para tetamu telah dijemput hadir untuk satu majlis kenduri kesyukuran bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak pertamanya yang genap usia setahun.  Selain itu, beliau juga menyambut "wedding anniversary"nya yang kedua bersama isteri tersayang di rumah baru mereka.

Selepas bacaan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Hairul Anuar b. Samiun, para tetamu menjamu selera hidangan yang disediakan.   Sup tulang "gear box" menjadi pilihan ramai di samping mi rebus Hj. Wahid.  Terima kasih kepada Cikgu Lutfi atas undangan.  Semoga bahagia bersama isteri dan anak di rumah baru.