Selama 3 hari berturut-turut, murid-murid Tahap 2 telah diberikan pendedahan tentang Program Bersepadu Sekolah Selamat. Aktiviti ini telah dijalankan di Dewan Suluh Budiman, SK Mohd Khir Johari bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Tujuan program ini dijalankan untuk memberi peluang kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 memahami dan menghayati tatacara dan elemen budaya selamat di sekolah.