Memaparkan catatan dengan label UPSR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UPSR. Papar semua catatan

Ahad, 11 September 2011

*PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR/UPPM3*



Pada hari Isnin, 22 Ogos yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil untuk murid-murid Tahun 6 yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan UPSR/UPPM 3.


Majlis telah disempurnakan oleh En. Zamani b. Hj. Ahmad, Guru Besar SK Mohd Khir Johari yang diiringi oleh En. Mohd Shukri b. Sultani, GPK Kurikulum SK Mohd Khir Johari.


Seramai 6 orang murid telah berjaya mendapat 5A.  16 orang murid pula berjaya mendapat 4A 1B manakala 21 orang murid berjaya mendapat 3A 2B.




Murid-murid yang berjaya telah menerima sijil penghargaan masing-masing dalam majlis tersebut.   Diharapkan murid-murid yang mendapat 5A dalam UPSR tahun ini akan bertambah ramai dan mencatat keputusan yang terbaik dalam sejarah UPSR SK Mohd Khir Johari.  Amin.

  
Peperiksaan UPSR pada tahun ini akan diadakan pada hari Selasa, 13 September sehingga 15 September 2011. Good luck my student!  You can do it!

Selasa, 3 Mei 2011

*MENJUNJUNG HARAPAN, MENGGAPAI IMPIAN*


Pada tahun 2011 ini, warga dan kakitangan SK Mohd Khir Johari menjunjung harapan menggapai impian untuk mendapat keputusan UPSR yang paling cemerlang dalam sejarah sekolah iaitu seramai 34 orang mendapat 5A dan peratus lulus keseluruhan 74%.  Dalam keputusan UPPM1 yang lalu, seramai...

Jumaat, 3 Disember 2010

*KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2010*

Pada hari Khamis, 11 November 2010 yang lalu, keputusan UPSR telah diumumkan di seluruh Malaysia.   En. Md. Shukri b. Sultani, GPK Kurikulum bersama 3 orang guru lagi iaitu Cikgu Nani (Setiausaha Peperiksaan), Cikgu Al Zu'ra (Penyelaras Tahun 6) dan Cikgu Suhailee (Guru Kelas 6 Arif) telah pergi ke Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru untuk mengambil keputusan UPSR bagi Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari.




Isnin, 20 September 2010

*UPSR 2010*

Pada hari Selasa, 21 September 2010 hingga Khamis, 23 September 2010 murid-murid Tahun 6 di seluruh Malaysia akan mengambil peperiksaan UPSR.  Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2010.





Selasa, 21 September 2010.

8.15 pagi hingga 9.05 pagi.  (50 minit)
Bahasa Melayu Pemahaman 011

9.45 pagi hingga 11.00 pagi.   (1 jam 15 minit)
Bahasa Melayu Penulisan 012

11.45 pagi hingga 12.25 tengah hari.   (40 minit)
Matematik 015/2



Rabu, 22 September 2010.

8.15 pagi hingga 9.15 pagi.  (1 jam)
Matematik 015/1



Khamis, 23 September 2010.

8.15 pagi hingga 9.30 pagi.  ( 1 jam 15 minit)
Sains 018

10.15 pagi hingga 11.05 pagi.  (50 minit)
Bahasa Inggeris 014/1

11.45 pagi hingga 01.00 petang.  (1 jam 15 minit)
Bahasa Inggeris 014/2

2.15 petang hingga 3.45 petang.  (1 jam 30 minit)
Ujian Aptitud 013