Pada hari Rabu, 18 Ogos jam 8.00 pagi seramai 40 orang murid Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari bersama dengan 2 orang pengiring telah menghadiri Kempen Keselamatan Jalan Raya. Dua orang guru pengiring itu ialah En. Abd Majeed dan Pn. Asiah Munajam.
Kempen Keselamatan Jalan Raya ini anjuran Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) serta Jabatan Pelajaran Johor. Dalam program tersebut, para pelajar telah diberi taklimat tentang keselamatan jalan raya serta berpeluang menaiki bas Iskandar Malaysia.
Program ini telah diadakan di SMK Tun Syed Nasir Ismail yang menjadi tuan rumah untuk laluan IM01. (Sila rujuk jadual perjalanan bas Iskandar Malaysia). Pengangkutan pergi dan balik murid-murid ini diuruskan oleh Bas Iskandar Malaysia. Sebelum pulang, murid-murid berpeluang bergambar dengan para pegawai dari PPD, IRDA dan JKJR. Murid-murid juga menerima cenderamata sebagai kenangan.
Memaparkan catatan dengan label Iskandar Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iskandar Malaysia. Papar semua catatan
Rabu, 25 Ogos 2010
Jumaat, 20 Ogos 2010
*SISTEM PERKHIDMATAN BAS ISKANDAR MALAYSIA*
Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia adalah sebuah usahasama antara Kerajaan Negeri Johor dan Pasukan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia di bawah seliaan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan dikendalikan oleh syarikat-syarikat bas terpilih di Iskandar Malaysia.
Menerusi inisiatif ini, 34 buah bas telah disediakan bagi operasi di 16 laluan sosial sejak 16 Disember yang lalu. Dilengkapi dengan GPS dan CCTV serta dikendalikan oleh operator yang terpilih dan pemandu yang terlatih, Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia ini dijangka memberi perkhidmatan mudah capai yang efisyen, selesa dan selamat ke laluan-laluan sosial.
Antara syarikat bas yang terlibat ialah Syarikat Pengangkutan Maju Bhd, Syarikat Kenderaan S&S Sdn Bhd dan Handal Indah Sdn Bhd. Berikut ialah Jadual Laluan Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia.

Langgan:
Catatan (Atom)