Memaparkan catatan dengan label Program UPSR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program UPSR. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Januari 2011

*UPSR 2011 - TERBAIK DALAM SEJARAH SKMKJ*


Pada tahun ini, pihak sekolah menaruh harapan yang besar kepada murid-murid Tahun 6 agar keputusan UPSR 2011 sebagai yang terbaik dalam sejarah Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari.   Antara strategi yang diambil termasuklah mewujudkan ...

Isnin, 24 Mei 2010

*TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU UPSR*

Pada hari Sabtu, 22 Mei 2010,  Panitia Bahasa Melayu SK Mohd Khir Johari telah menjemput seorang penceramah Bahasa Melayu dari SK Taman Perling 3 iaitu Pn. Noriah bt. Md Jidin untuk menyampaikan ceramah kepada murid-murid Tahun 6 sekolah ini.

Slot ceramah beliau bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.  Murid-murid yang hadir diberi penerangan tentang cara menjawab soalan Bahasa Melayu UPSR.  Bahan yang diedarkan digunakan untuk mengulang kaji pengetahuan murid-murid terhadap subjek Bahasa Melayu.

Murid-murid juga diberi penekanan dalam menjawab Bahagian C Kertas 2 Bahasa Melayu.  Semoga segala tips dan penerangan yang disampaikan oleh Pn. Noriah dapat digunakan oleh murid-murid sekolah ini untuk menjawab soalan semasa UPSR nanti.

*TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA INGGERIS UPSR*

Pada hari Sabtu, 22 Mei 2010, pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah Bahasa Inggeris dari SK St. Joseph iaitu Puan Jayanthi a/p Loganathan.   Beliau dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris UPSR.


Sesi ceramah bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 10.00 pagi.  Murid-murid telah dibekalkan dengan bahan ceramah dan menggunakannya sebagai panduan.   Tips dan nasihat turut diberi oleh Pn. Jayanthi dalam menjawab soalan Bahasa Inggeris Kertas 2 terutama Bahagian C.   Beberapa orang guru Bahasa Inggeris turut hadir untuk menguruskan sesi ceramah tersebut.


Pada akhir ceramah, murid-murid diberi peluang untuk mengemukakan soalan.  Menjadi harapan sekolah, agar usaha ini akan membantu persiapan murid-murid menghadapi peperiksaan UPSR.

Jumaat, 21 Mei 2010

*TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR*

Pada hari Sabtu, 15 Mei 2010, pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah Sains yang hebat iaitu En. Mohamad Noh b. Bunyamin dari Kota Tinggi.   Beliau berpengalaman luas dalam pengajaran Sains di sekolah rendah dan sentiasa memberikan tips dan idea kepada para pelajar untuk menjawab soalan-soalan Sains dalam ujian bulanan.
Sesi taklimat bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 pagi.  Murid-murid Tahun 6 Arif, 6 Bestari, 6 Cerdas dan 6 Dinamik telah dipilih untuk mengikuti slot ceramah tersebut sementara kelas 6 Gigih dan 6 Iltizam akan dibimbing oleh guru Sains mengikut kelas masing-masing.  Beberapa orang guru turut serta dalam sesi taklimat tersebut.
 

Antara perkara penting yang ditekankan oleh En. Mohamad Noh ialah cara menjawab soalan Sains bagi Bahagian B.   Pemarkahan bagi bahagian ini amat penting jika pelajar ingin mendapat markah A dalam UPSR.   Semoga pencapaian pelajar akan terus meningkat dengan bimbingan yang telah diberikan.

*TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK UPSR*

Sekali lagi pihak sekolah telah menjemput Puan Liyana Abdullah dari SK Convent (dahulu beliau berkhidmat di SK Perempuan Yahya Awal) untuk menjadi penceramah Teknik Menjawab Soalan Matematik UPSR.  Walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan sebagai Guru Penolong Kanan, beliau telah sudi menghadirkan diri pada petang hari Selasa, 11 Mei 2010.

Program yang bermula pada pukul 1.00 hingga 3.00 petang itu telah membei pendedahan kepada murid-murid dari kelas 6 Arif, 6 Bestari, 6 Cerdas dan 6 Dinamik tentang cara menjawab soalan UPSR ~ Matematik.  Dalam ceramah beliau, Pn. Liyana memberi penekanan kepada cara mudah untuk mendapatkann markah bagi kertas 2.  Murid-murid juga membuat latihan yang dibekalkan dengan bimbingan Pn. Liyana.   Semoga penerangan yang diberi telah membantu murid-murid mendapat keputusan yang lebih cemerlang.



Murid-murid dari kelas 6 Gigih dan 6 Iltizam akan diberi taklimat khas oleh guru matematik mengikut  kelas masing-masing.