Memaparkan catatan dengan label Kem Bestari Solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kem Bestari Solat. Papar semua catatan

Rabu, 5 Mei 2010

*KEM BESTARI SOLAT KALI KE-2*

Pada hari sabtu yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Kem Bestari Solat kali ke-2 untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Kem Bestari solat kali ini dibahagikan kepada aktiviti LDK dan aktiviti solat berjemaah.  Murid-murid mengadakan aktiviti LDK di dalam bilik darjah sementara aktiviti solat diadakan di dewan terbuka.

 

Selain itu, murid-murid Tahap 2 juga mendengar ceramah tentang cara solat yang betul di dewan tertutup tingkat 3.  Semua aktiviti dikendalikan oleh guru-guru J-Qaf dan dibantu oleh guru-guru akademik SK Mohd Khir Johari.


Melalui Kem Bestari Solat ini, murid-murid diberi pengukuhan tentang cara sembahyang yang betul.   Tidak dinafikan terdapat murid-murid Tahap 2 yang masih tidak tahu tentang cara solat yang betul.




Semoga di sebalik kesibukan ibu bapa bekerja kehidupan keluarga muslim tidak dilupa.   Solat dijaga akhlak terpelihara.

Selasa, 2 Februari 2010

*KEM BESTARI SOLAT SESI 1*

Pihak sekolah telah mengadakan Kem Bestari Solat sesi 1 pada 26 Januari 2010.   Program ini melibatkan murid-murid Tahun 4 dan 5.   Murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut senarai nama guru yang telah ditetapkan.