PUSAT SUMBER

*JADUAL WAKTU PUSAT SUMBER 2011*







*PENGIKTIRAFAN NILAM*







*PERKHIDMATAN BAS BERGERAK PERPUSTAKAAN SULTAN ISMAIL*




*I-NILAM 2011*

Bagi memperkasakan lagi Program Nilam di sekolah, data bacaan murid-murid direkodkan ke dalam sistem i-NILAM yang beroperasi menggunakan talian internet.   Data ini dipantau oleh Kementerian Pelajaran untuk melihat tahap pembacaan murid-murid di sekolah.

Guru-guru subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan memasukkan data bacaan murid-murid ke dalam sistem i-NILAM.   Sistem i-NILAM ini juga diberi nama Tarantula.  Sebuah syarikat swasta dengan kerjasama Kementerian Pelajaran membangunkan sistem data i-NILAM.

Tokoh Nilam peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan dipilih melalui sistem i-NILAM.   Mereka yang terpilih hendaklah menghantar buku-buku NILAM yang lengkap ditulis sebagai bukti.

Berikut ialah cara pengisian data i-NILAM oleh guru-guru BM dan BI di sekolah:

 
 
 
 
 





*PINJAMAN BERKELOMPOK*

Pinjaman berkelompok memberi kemudahan kepada guru-guru membuat pinjaman.   Memandangkan keadaan perpustakaan yang tinggi di tingkat 4, guru-guru diberi kemudahan untuk membuat pinjamn berkelompok mengikut 2 kategori berikut:

Kategori 1: Pinjaman Berkelompok Set

1. Guru-guru boleh meminjam 40 buah buku mengikut subjek diajar sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
2. Guru-guru digalakkan meminjam buku-buku jenis FM atau FI sebagai bacaan murid.
3. Guru-guru bebas memilih tajuk buku.
4. Guru-guru dikehendaki menulis judul buku dan nombor kod bar pada borang Pinjaman Berkelompok.
5. Contoh borang Pinjaman Berkelompok Bahasa Inggeris.


6. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Guru Pusat Sumber atau Pembantu Pusat Sumber.  Guru-guru digalakkan membuat salinan borang tersebut.
7. Buku-buku yang telah dipinjam hendaklah disimpan di tempat yang selamat contohnya di dalam bekas plastik seperti gambar di bawah:


  8. Buku-buku tersebut tidak digalakkan disimpan di dalam kelas atas dasar keselamatan.
  9. Guru-guru boleh menukar set 40 buah buku tersebut selepas beberapa bulan apabila difikirkan sesuai.
10. Murid-murid diminta menampal borang berikut di dalam buku tulis sebagai bukti aktiviti pembacaan telah dijalankan di dalam kelas.


11. Ulasan tentang buku tersebut ditulis di dalam buku Nilam.
12. Pada penghujung tahun sebelum cuti sekolah, buku-buku hendaklah dipulangkan semula ke perpustakaan.




Kategori 2 : Pinjaman Berkelompok Bebas 
1. Guru-guru boleh meminjam bekas-bekas plastik yang terdapat di bawah tangga.
2. Sudut bawah tangga Blok Sumber ini diwujudkan untuk program Pinjaman Berkelompok.

 
3.  Guru-guru boleh mewakilkan murid untuk mengambil bekas plastik ini.
4.  Setiap bekas plastik mengandungi 40 buah buku.

5.  Guru-guru hendaklah menasihati murid-murid agar mengambil dan memulangkan buku dengan cermat.

6.  Di dalam bekas plastik ini juga terdapat rekod Pinjaman Berkelompok Nilam.
7.  Guru-guru hendaklah menulis catatan pada rekod ini sebagai bukti penggunaan.


8.  Bekas-bekas plastik ini akan ditukar sebanyak dua kali dalam setahun. 




*PERTANDINGAN NILAM PERINGKAT NEGERI JOHOR*



Anugerah NILAM peringkat Negeri Johor telah dijalankan selama dua hari di BTPN Johor iaitu pada 2 dan 3 Mac 2011.   Anugerah ini meliputi kategori sekolah rendah dan sekolah menengah.   Berikut ialah keputusan penuh bagi pertandingan tersebut.


Keputusan Anugerah NILAM peringkat Negeri Johor 2011





Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar
Johan           : ALIAH IZATI BT. AHMAD KAMAR - SK GEMEREH, SEGAMAT
Naib Johan  : AINNA SYASYA BT. MABENI        - SK PENGKALAN RAJA, PONTIAN
Ketiga          : AINUR AINIE BT. MOHD ELMI      - SK BAKRI BATU 5, MUAR
Kategori Sekolah Rendah Bandar
Johan           : NUR AMIRAH BINTI ABDULAH WAHAB - SK TENGKU MARIAM, BATU PAHAT
Naib Johan  : NURUL ALYA IZZATI BINTI RAMZI          - SK TAMAN RINTING 2, PASIR GUDANG
Ketiga          : SAYYIDATUL LATIFAH BINTI ASHA'RI    - SK. TEMENGGONG ABDUL RAHMAN , SEGAMAT
Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar
Johan           : VITYA A/P TAMIL SELVAM      - SMK BANDAR T6, KLUANG
Naib Johan  : GIRIJA A/P NARAYANAWAN  - SMK TAMAN NUSA DAMAI, PASIR GUDANG
Ketiga          : LIM KAI XIANG                           - SMK BUKIT GAMBIR, MUAR
Kategori Sekolah Menengah Bandar
Johan           : SYAZA NADIAH BINTI AZMI       - SEKOLAH TUN FATIMAH, JOHOR BAHRU
Naib Johan  : AIREEN NAJWA BINTI AMSAN - SMK BANDAR PUTRA, KULAI JAYA
Ketiga          : NUR AMIRAH BINTI HASHIM     - SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT
Tokoh Nilam
Sekolah Rendah      : NUR AMIRAH BINTI ABDULAH WAHAB  -  SK. TENGKU MARIAM, BATU PAHAT
Sekolah Menengah : SYAZA NADIAH BINTI AZMI  -  SEKOLAH TUN FATIMAH, JOHOR BAHRU





Keputusan Anugerah NILAM peringkat daerah Johor Bahru 2011


Kategori Sekolah Rendah Bandar
Johan           : Muhammad Muzaffar Bin Muhar   -   SK Sri Tebrau
Naib Johan  : Nur Fadhlina Bt. Zainorin              -   SK Taman Desa Skudai
Ketiga          : Nor Fadzilah Bt Mohd Radzi         -   SK Taman Anggerik
  
Kategori Sekolah Menengah Bandar
Johan           : Syaza Nadiah Binti Azmi              -   Sekolah Tun Fatimah
Naib Johan  : Kothai a/p Mohhan                       -   SMK (P) Sultan Ibrahim
Ketiga          : Kartini Binti Abdul Rahman          -   SMT Johor Bahru


Catatan:

Setakat ini belum ada lagi murid SK Mohd Khir Johari yang terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan NILAM di peringkat daerah Johor Bahru.  Murid-murid yang berminat mestilah:

1.  Telah menghantar sekurang-kurangnya 10 buah buku NILAM.
2.  Aktif dalam kokurikulum.
3.  Mempunyai sijil-sijil penyertaan mewakili sekolah di peringkat daerah, negeri atau negara.
4.  Berkebolehan dalam mengarang esei.
5.  Mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
6.  Menjadi rakan pembaca di sekolah.
7.  Menyediakan profil diri atau buku folio yang lengkap dan menarik.

Selamat mencuba.  Mungkin anda murid yang kami cari!




*ANUGERAH NILAM KUMPULAN 3 - 2010*

Pada hari Isnin, 25 Oktober 2010 bertempat di Dewan Sekolah, Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan majlis penyampaian anugerah Nilam untuk kalii ke-3 kepada murid-murid SK Mohd Khir Johari yang berjaya.  Sijil dan hadiah hamper telah disampaikan oleh En. Mohd Shukri b. Sultani, GPK Kurikulum. Mereka yang berjaya memenuhi syarat untuk menerima anugerah pada kali ini ialah:


Sijil Nilam "Nilam"
1. Nur Sabrina Syahzannani bt. Sa'dullah   5 Cerdas    12 buah buku Nilam

Sijil Nilam Emas
1. Nur Farahin bt. Bahtiar Lotfi      5 Arif
2. Siti Nur Ezza bt. Mohammed Sani      5 Arif

Sijil Nilam Perak
1. Muhammad Addiq b. Suhari     5 Arif
2. Anis Suraya bt. Abdullah    5 Arif
3. Najihah bt. Umar       5 Arif
4. Siti Noor Suhailah bt. Jamil      5 Arif
5. Nabila bt. Abd Hamid      5 Bestari
6. Nur Syamira bt. Rozaidee     5  Bestari
7. Mohamad Noor Fikry b. Abdul Rahim      5 Cerdas
8. Muhamad Asri b. Nor Azizi         5 Cerdas
9. Ismah Afiqah bt. Norizan     4 Arif

Sijil Nilam Gangsa
1Muhammad Faiqmal b. Zainalabidin   6  Bestari
2. Muhamad Nazif b. Zakariya    6 Bestari
3. Nor Fazira bt. Samuri    6 Dinamik
4. Muhamad Irwan Syah b. Ismail     5 Arif
5. Nur Aliyah bt. Shahrul Bahar    5 Arif
6. Nurazlyn bt. Mohamad Zamri    5 Arif
7. Farhan Najmi b. Mohd Nazri    5 Arif
8. Nurin Nabihah bt. Mohd Hamdan    5 Bestari
9. Izzati Najihah bt. Mohd Zohor    5 Bestari
10. Nur Haryani Fitri bt. Muzakkar    5 Cerdas
11. Puteri Nurjeha bt. Azman    5 Cerdas
12. Farah Farhana bt. Kamarul Zaman     5 Gigih
13. Nur Farahin bt. Mansor    5Gigih
14. Siti Aisyah b. Md. Rajiur Rahman    4 Arif
15. Aqilah bt. Kamaruzaman     4 Arif
16. Mohamad Shazrul b. Zulkifli     4 Arif
17. Nor Jannah bt. Jamal    4 Arif
18. Nor Farisha Irwayu bt. Md. Nasir    4 Arif
19. Nor Fatin Syahira bt. Mohd Fazlin    4 Arif
20. Muhammad Aiman b. Abd Hamid    4 Maju

Dua orang murid menerima hadiah hamper iaitu:


1. Nur Sabrina Syahzannani bt. Sa'dullah   5 Cerdas    12 buah buku Nilam
Anugerah Ulat Buku  - Pembaca Buku paling banyak 2010

2. Muhammad Aiman b. Abd Hamid    4 Maju
Anugerah Harapan Nilam - murid dari kelas yang lemah tetapi menunjukkan kesungguhan dalam program Nilam




*ANUGERAH NILAM KUMPULAN 2 - 2010*

Pada hari Isnin, 24 Mei 2010, seramai 23 orang murid telah menerima sijil nilam dan lencana nilam mengikut pencapaian masing-masing.   Mereka ialah:


Sijil Nilam Emas
  1. Nur Sabrina Syahzannani bt. Sa'dullah 5 Cerdas

Sijil Nilam Perak
  1. Rabiatul Adawiyah bt. Zulkifli 5 Arif
  2. Nur Farahin bt. Bahtiar Lotfi 5 Arif


Sijil Nilam Gangsa
  1. Dana Mastika Sari bt. Umar 5 Arif
  2. Siti Nur Ezza bt. Mohamed Sani 5 Arif
  3. Najiha bt. Umar 5 Arif
  4. Noor Fia Amanisha bt. Abd Rahman 5 Arif
  5. Nur Atirah bt. Rossim 5 Arif
  6. Ahmad Fakhruzzaman b. Murad 5 Arif

  7. Afiqah Nur bt. Zaaba 5 Bestari
  8. Muhammad Raif b. Roslin 5 Bestari
  9. Nur Syamira bt. Rozaidee 5 Bestari
10. Nurul Amirah bt. Mohd Azman 5 Bestari
11. Nabila bt. Abd Hamid 5 Bestari
12. Mohd Ariffin b. Monsi 5 Bestari
13. Azmi Sofyan b. Mohd Zain 5 Bestari

14. Nur Azreen bt. Azli Shah 5 Cerdas
15. Nabilah bt. Johan 5 Cerdas
16. Nor Shalyn b. Zulkply 5 Cerdas
17. Muhamad Asri b. Nor Azizi 5 Cerdas

18. Nurul Shafiqah bt. Rosli 5 Gigih

19. Natasha Nazliza bt. Mohd Nizam 4 Arif
20. Noor Asilah Najwa bt. Hj. Sazali 4 Arif

Tahniah kerana menyahut cabaran Nilam.

Sebelum itu, murid-murid telah diberi penerangan ringkas tentang matlamat Nilam dan ciri-ciri pelaksanaannya.

Program Nilam adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas bertarikh 22 Mei 1998.   Antara matlamat program Nilam ini ialah menjadikan murid banyak membaca, pandai memilih bahan berkualiti, bahan pelbagi genre dan bukan bahan berorientasikan peperiksaan sahaja.   Pihak sekolah pula perlu menjana idea kreatif dan inovatif  bagi menyemai tabiat membaca ini.

Ciri-ciri pelaksanaan:

~ Rekod Bacaan (buku rekod murid)
~ Borang Rekod (penilaian guru)
~ Pengiktirafan (ganjaran ikut tahap)

Pelaksanaan Program Nilam pula dibahagikan kepada dua tahap iaitu:
1.  Tahap Jauhari
     ~ membaca banyak buku dan direkodkan di dalam buku Nilam.
2.  Rakan Pembaca
     ~ sudah membaca 100 buah buku dalam Tahap Jauhari dan menjalankan aktiviti untuk menggalakkan
        orang lain membaca melalui aktiviti pembacaan seperti bercerita, membaca sinopsis atau berlakon
        berdasarkan cerita yang dibaca.

Di Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari, murid-murid didedahkan dengan Program Literasi Maklumat:
1.  Penggunaan internet dalam pendidikan
2.  Penggunaan televisyen menerusi Kampus Astro.

Semoga semua usaha yang dilakukan akan meningkatkan lagi pencapaian murid-murid dalam pendidikan.









SINOPSIS CERITA (1 JULAI 2010)


Buku 1

Buku berjudul Doa Ibu ini dikarang oleh Talib Samat.   Buku ini mengandungi 232 muka
surat.  Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd menerbitkan buku ini pada tahun 2006.   Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah. Buku ini merupakan buku fiksyen Bahasa Melayu.

Sinopsis cerita : Buku ini menghimpunkan sejumlah besar cerpen-cerpen remaja yang memfokuskan pelbagai tema dan persoalan hidup insan remaja dan dewasa di Malaysia.   Antara persoalan utama yang digarap oleh pengarang termasuklah persoalan pencemaran alam sekitar, keagamaan, kegigihan remaja miskin membangun cita-cita dan perjuangan membantu masyarakat.


Buku 2

Buku berjudul Kakakku Sayang ini dikarang oleh Hakimi Muhammad.   Buku ini mengandungi 73 muka surat.  Pustaka Ilham menerbitkan buku ini pada tahun 2006.   Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah. Buku ini merupakan buku fiksyen Bahasa Melayu.

Sinopsis cerita : Buku ini mengisahkan tentang Kamal yang malas menolong kakaknya Asrina.  Kerja-kerja rumah biasanya dilakukan oleh kakaknya.  Suatu hari kakaknya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.   Kamal yang tinggal di rumah tidak tahu membuat sebarang kerja.   Dia menyesal kerana tidak belajar dari kakaknya melakukan tugasan di rumah.



Buku 3




Buku berjudul Badai Semalam ini dikarang oleh seorang penulis tersohor iaitu Khadijah Hashim.  Buku ini mengandungi 222 muka surat.  K Publishing menerbitkan buku ini pada tahun 2000.   Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah dengan bar kod 28074.  Buku ini merupakan buku fiksyen Bahasa Melayu.

Sinopsis cerita : Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup dua insan iaitu Mazni dan Zaki.   Mereka menempuh pelbagai cabaran, hujan dan badai dalam mencari nilai persahabatan.   Mereka sanggup berkorban demi orang yang tersayang.   Namun akhirnya Mazni meninggalkan Zaki untuk meneruskan cita-cita menjadi seorang mahasiswa di Kuala Lumpur.


Buku 4



Buku berjudul Sayang Tak Berbelah Bagi ini dikarang oleh WS Uzala.   Buku ini mengandungi 183 muka surat.  Sama Publications menerbitkan buku ini pada tahun 2006.   Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah. Buku ini merupakan buku fiksyen Bahasa Melayu.

Sinopsis cerita : Buku ini mengisahkan tentang pergolakan yang berlaku dalam sebuah keluarga Cina yang menguruskan kilang papan.   Tauke Chew bersama anak-anaknya menguruskan kilang tersebut.  Keluarga mereka dibantu oleh seorang pembantu rumah wanita bernama Nang Chian.  Pada masa yang sama, Tauke Chew berusaha mencari kakak kandungnya yang terpisah sejak kecil.






SINOPSIS CERITA


Buku berjudul Alah Bisa Tegal Biasa ini dikarang oleh Rosnah M.D.   Buku ini mengandungi 76 muka
surat.  Penerbitan Syabas menerbitkan buku ini pada tahun 2008.   Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah dengan kod daftar 001281. Buku ini merupakan buku fiksyen Bahasa Melayu.

Sinopsis cerita : Buku ini mengisahkan tentang pengembaraan lima orang sahabat iaitu Siva, Mutu, Ramesh, Saroja dan Peng Teng.   Mereka mengembara ke Seremban dan mempelajari tentang adat Minangkabau.   Selain itu, mereka juga bercuti ke Temerloh untuk melihat keadaan orang asli di situ.






Buku berjudul Rajuk Seorang Tua ini dikarang oleh Noorma Ismail.   Buku ini mengandungi 124 muka
surat.  Penerbitan Cipta Publishing menerbitkan buku ini pada tahun 2004.   Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah dengan kod daftar 22637. Buku ini merupakan buku fiksyen Bahasa Melayu.

Sinopsis cerita : Buku ini menceritakan tentang Pak Abu yang membela seekor beruk bernama Bobo.   Pak Abu sangat sayang kepada Bobo kerana beruk ini pandai memetik kelapa.  Pada suatu hari, penduduk kampung kecoh dengan kematian bintang ternakan akibat dimakan harimau.  Pak Abu juga mengalami kerugian. Akibatnya dia terpaksa menjual Bobo.




Buku berjudul Misteri Rumah Pusaka ini dikarang oleh Aleeya M. Afeeq.   Buku ini mengandungi 135 muka
surat.  A TWO Z menerbitkan buku ini pada tahun 2005.   Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah dengan kod daftar 001274. Buku ini merupakan buku fiksyen Bahasa Melayu.

Sinopsis cerita : Buku ini menceritakan tentang Aiman dan adiknya Azlan yang menyiasat tentang rumah buruk di hujung kampung.   Rumah itu dijadikan markas untuk menjalankan perniagaan haram menjual senjata api yang diketuai oleh Dino.


 
"Membaca Jambatan Ilmu"
"Bangsa Membaca Bangsa Berjaya"
"Buku : Lakaran Masa Depan"
"Membaca Santapan Minda"
"Rajin Membaca Pasti Berjaya"
"Membaca Amalan Mulia"
"Anda tidak kesunyian jika mempunyai buku"


Pelbagai kempen dilakukan untuk menggalakkan murid-murid membaca.   Pihak sekolah juga tidak ketinggalan dalam menyemarakkan gerakan membaca terutama dalam menjayakan Sambutan Hari Buku Sedunia pada 23 April yang lalu. Murid-murid digalakkan membaca dan mencatat sinopsis di dalam buku nilam.



Walaupun kemajuan teknologi semakin mengikis semangat membaca di kalangan masyarakat namun usaha untuk mendidik generasi muda dengan tabiat membaca tidak akan luntur.   Tabiat membaca perlu disemai sejak dari kecil ibarat kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.   Teruskan membaca anak-anak didikku.





*ANUGERAH NILAM KUMPULAN 1 - 2010*

Pada hari Isnin, 19 April 2010 seramai 15 orang murid sesi pagi telah berjaya menerima sijil nilam dan lencana nilam.   Kumpulan pertama ini terdiri daripada murid-murid Tahun 5 yang telah menunjukkan pencapaian peringkat gangsa kerana telah berjaya membuat catatan sinopsis dalam buku nilam melebihi 90 buah buku.  Hanya seorang murid sahaja berjaya menerima sijil nilam peringkat perak kerana telah membaca melebihi 180 buah buku.

Sijil dan lencana nilam telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar iaitu En. Zamani b. Hj. Ahmad.  Selepas selesai majlis tersebut, murid-murid bergambar dengan guru besar sebagai kenangan.  Syabas kepada mereka yang menyahut cabaran Nilam!

Penerima Anugerah Nilam (Kumpulan Pertama) ialah:

Sijil Nilam Perak dan Lencana Nilam Perak

  1. Nur Sabrina Syahzannani bt. Sa'dullah 5 Cerdas

Sijil Nilam Gangsa dan Lencana Nilam Gangsa
  1. Puteri Nur Airina bt. Borhanuddin 5 Arif
  2. Siti Noor Suhailah bt. Jamil 5 Arif
  3. Muhammad Addiq b. Suhairi 5 Arif
  4. Tunku Amzar b. Tunku Sallahuddin 5 Arif (Tidak Hadir)
  5. Anis Suraya bt. Abdullah 5 Arif
  6. Najiha Arissa bt. Norhisham 5 Arif
  7. Nurul Ain bt. Darmawan 5 Arif
  8. Nur Khalisa Aqilah bt. Roslan 5 Arif (Tidak Hadir)
  9. Rabiatul Adawiyah bt. Zulkifli 5 Arif
10. Nur Farahin bt. Bahtiar Lotfi 5 Arif
11. Mohd Al Ayyubbi Adnanni b. Zulkarnain 5 Arif
12. Siti Fazira bt. Hidther 5 Arif
13. Siti Nur Aishah bt. Sulaiman 5 Arif
14. Anjaz Shofi b. Mhd Saufi 5 Arif