Sabtu, 10 Mac 2012

PERDANA MENTERI MALAYSIA DATANG KE SK MOHD KHIR JOHARI?

Pada hari Jumaat penghulu segala hari, satu berita yang menarik menjadi sejarah di Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari, Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru, Johor   Pasukan FRU berkawal di keliling kawasan sekolah, 3 buah helikopter PDRM berlegar-legar di ruang udara kawasan sekolah dan kemudiannya sebuah helikopter PDRM tersebut mendarat dengan selamat di padang sekolah SK Mohd Khir Johari.



Murid-murid bertumpu di kawasan pagar melihat helikopter PDRM yang julung-julung kalinya berada di kawasan sekolah itu.  Seramai 200 murid telah disediakan oleh pihak sekolah untuk menyambut kehadiran tetamu istimewa ini iaitu Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.


Selepas solat Jumaat, Perdana Menteri menikmati nasi ambang di Masjid Kampung Melayu Majidi yang merupakan makanan tradisi Johor. Turut sama ialah Guru Besar, SK Mohd Khir Johari, En. Zamani b. Hj. Ahmad yang dijemput menjamu selera bersama-sama dengan Menteri Besar Johor, Dato Hj. Ghani Othman dan para iman masjid.


Sebenarnya, Perdana Menteri kita yang dikasihi dalam rangka lawatan kerja dua hari ke bandar raya ini dan melakukan tinjauan mesra di Kampung Melayu Majidi.  Beliau singgah di Masjid Kampung Melayu yang terletak bersebelahan sekolah SK Mohd Khir Johari untuk bersolat jumaat.  200 murid dari SKMKJ bersama dengan beberapa orang guru menyambut kehadiran Perdana Menteri di kawasan masjid.


Perdana Menteri juga sempat melawat pasar di Kampung Melayu dan akan memberikan peruntukan 20 juta ringgit  kepada pembinaan sebuah pasar Kampung Melayu yang baharu.   Beliau membuat pengumuman itu selepas kira-kira sejam melawat dan beramah mesra dengan peniaga di pasar itu dan kawasan perniagaan di perkampungan itu.  Esok, Dato Seri Najib akan melawat ke kawasan Pasir Gudang.  (Kenapalah PM tak singgah sekolah kami...boleh beri peruntukan sikit pada sekolah lama kami ni...)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan