Khamis, 22 Mac 2012

JUARA 'FOOTBALL 3ON3' 2012

Pada hari Ahad, 11 Mac 2012, pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari telah menyertai pertandingan bola sepak  'FOOTBALL 3ON3' 2012.  Pertandingan ini adalan anjuran Kip Mart Tampoi Indah.


Pertandingan yang diadakan di Kip Mart Tampoi Indah ini telah dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari.  SK Mohd Khir Johari telah menghantar 2 pasukan iaitu SKMKJ FC 1 dan SKMKJ FC 2.


Antara pasukan lain yang turut mengambil bahagian ialah SK Nong Chik 1, SK Nong Chik 2, SK Desa Rahmat, SK Perumahan Tampoi dan beberapa buah sekolah lagi.  Permainan diadakan secara liga dan setiap pasukan bermain sebanyak 7 kali.


Setelah berhempas pulas, SKMKJ FC 1 berjaya menjadi juara dan SKMKJ FC 2 di tempat ketiga.  Ini adalah kejuaraan kali ketiga pasukan bola sepak SK Mohd Khir Johari setelah berjaya menjadi juara pada perlawanan terbuka JB dan juara bola sepak Zon Majidi.


Tahniah kepada para pemain yang telah berlatih bersungguh-sungguh dan syabas kepada para jurulatih bola sepak sekolah antaranya Cikgu Zakaria,  Cikgu Azizil dan Cikgu Rahmat.  Istimewa juga pasukan sekolah telah mendapat sokongan padu daripada GPK Kokurikulum iaitu Pn. Rafidah bt. Mohd Yussup. Semoga SKMKJ akan terus cemerlang dalam pelbagai bidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan