Jumaat, 9 September 2011

*PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN - KELAB MEDIA*


Pada hari Ahad, 31 Julai yang lalu, seramai 3 orang ahli Kelab Radio dan Media SK Mohd Khir Johari telah dijemput untuk menyaksikan perasmian Bulan Kemerdekaan oleh YB Adam b. Sumiru.  Majlis perasmian telah diadakan di Pejabat Fuhyoo FM Bandar Baru Uda Johor Bahru.



Sekolah-sekolah yang terlibat dalam program Kelab Media dan Radio Sekolah telah diagih-agihkan jalur gemilang untuk dipasang pada kenderaan dan juga tiang bendera di kawasan sekolah.  Nyanyian lagu Jalur Gemilang menyemarakkan semangat kemerdekaan.  Majlis pada hari tersebut turut menyambut bulan Ramadhan yang mulia dengan edaran sebekas bubur lambuk kepada setiap tetamu yang hadir.

1 ulasan:

  1. best nyer diorang dapat pergi sambut kemerdekaan kan .

    BalasPadam