Jumaat, 24 Jun 2011

*SOLAT HAJAT TAHUN 6*


Mulai hari Jumaat, 17 Jun yang lalu, murid-murid Tahun 6, lelaki dan perempuan beramai-ramai menunaikan solat hajat secara berjemaah.  Aktiviti ini dijalankan selepas bacaan Yaasiin di dewan sekolah.  Seorang ustaz atau ketua murid akan ...
mengimamkan sembahyang hajat tersebut.


Program solat hajat ini akan diteruskan sehingga menjelang UPSR 2011 yang akan diadakan pada 13 September 2011.  Kemuncak program solat hajat ini ialah Solat Hajat Perdana yang akan diadakan di Dewan Sekolah.   Ibu bapa, guru-guru dan wakil PIBG akan dijemput hadir dalam majlis tersebut.

Semua usaha yang dilakukan ini adalah untuk membantu murid-murid Tahun 6 berjaya dalam peperiksaan dan mencapai keputusan yang cemerlang sekaligus mencipta sejarah sebagai UPSR 2011, terbaik dalam sejarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan