Jumaat, 24 Jun 2011

*KEHADIRAN ANGGOTA POLIS KE SK MOHD KHIR JOHARI*


Tiga orang anggota polis dari Balai Polis Majidee telah datang ke Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari pada hari Sabtu, 18 Jun 2011 yang lalu kira-kira jam 9.00 pagi.  Kehadiran mereka disambut oleh En. Zamani b. Hj. Ahmad, Guru Besar SK Mohd Khir Johari.   Mereka kemudian dibawa ke...

dewan sekolah.   Di situ, pasukan polis ini diperkenalkan kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 yang telah menunggu untuk mendengar ceramah.


Sarjan Rahman b. Fadil, Timbalan Ketua Balai telah menyampaikan ceramah bertajuk Cara-cara Pencegahan Jenayah kepada murid-murid Tahap 2 sekolah ini.   Beliau diiringi  Koperal Sakib b. Mahmood dan Konstabel Mohd Azhar b. Bahrom juga dari Balai Polis Majidee.


Sarjan Rahman mengingatkan para pelajar tentang jenayah culik, gaduh di sekolah, hisap rokok dan kecurian. Beliau juga memberi pengajaran tentang cerita 10 budak hitam.


Dalam majlis tersebut, En. Zamani b. Hj. Ahmad turut menyampaikan ucapan.  Beliau memberi penerangan ringkas tentang undang-undang jenayah di Malaysia khasnya  yang melibatkan kanak-kanak.


Majlis pada hari itu diakhiri dengan sesi soal jawab antara pihak polis dan murid-murid serta guru-guru. Murid-murid juga diberi risalah Rakan Cop. Tn. Guru Besar menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Sarjan Rahman atas kerjasama yang diberikan.
Sebarang aduan bolehlah dikemukakan kepada Balai Polis Majidee di talian  07-3332222.

1 ulasan:

  1. Husnul Khotimah BT Imam Shobar4 Ogos 2012 11:17 PG

    awal2 sye pikir ada bdk nakal nk kene tahan rupa-rupanya polis tu saje2 datang =='

    BalasPadam