Sabtu, 4 Jun 2011

*SASTERAWAN NEGARA - SHAHNON AHMAD 1982*


Dato Shahnon b. Ahmad dilahirkan pada tahun 1933 di Sik, Kedah. Pendidikan awal yang diterimanya ialah di sekolah melayu di Sik dan lulus darjah V dalam tahun 1946.  Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.   Beliau menjadi guru dan mengajar di Grammer English School, Kuala Terengganu pada tahun 1954.


Pada tahun 1960, Shahnon Ahmad menjadi guru bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid hingga tahun 1963. Pada tahun 1968, beliau berangkat ke Canberra, Australia dan bertugas sebagai pegawai penyelidik di Australian National University (ANU).  Beliau mengambil kesempatan ini untuk terus menuntut di ANU sehingga memperoleh ijazah Sarjana Muda pada tahun 1971.


Sekembalinya ke tanah air, beliau menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim dan tidak lama selepas itu ditawarkan sebagai pensyarah dalam tahun 1974.   Di sinilah beliau memperoleh Sarjana Sastera pada tahun 1975.  Mulai Jun 1980, Shahnon dilantik menjadi Profesor Sastera Universiti Sains Malaysia.



Shahnon mula berkarya pada pertengahan tahun 1950-an namun dalam masa 10 tahun beliau telah muncul sebagai penulis berbakat besar.   Beliau dianugerah Sasterawan Negara pada tahun 1982. Banyak buku yang telah ditulis oleh beliau antaranya ialah Rentong (1965), Terdedah (1965), Ranjau Sepanjang Jalan (1966), Srengenge (1973), Tunggul-tunggul Gerigis (1989) dan Sutan Baginda (1997).


Shahnon telah dianugerahi DArjah Kebesaran Datuk Setia Diraja Kedah yang membawa gelaran 'Datuk' daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dalam tahun 1980.   Pada 11 September 1993, Shahnon Ahmad dianugerahi gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia.

1 ulasan:

  1. Persidangan Kebangsaan SN Shahnon Ahmad;

    Forum "Ranjau Sepanjang Jalan" bersama Seniwati Dato' Sarimah di USM Pulau Pinang

    Sumber: http://www.hum.usm.my/sastera/tentatif.htm

    BalasPadam