Rabu, 28 Mac 2012

MAULIDUR RASUL MASJID KG. MELAYU

Pada hari Sabtu, 24 Mac yang lalu, Masjid Kg. Melayu Majidi, Johor Bahru telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1433 Hijrah untuk warga Kampung Melayu Majidi.



Sambutan pada tahun ini lebih meriah kerana telah diadakan pelbagai pertandingan yang melibatkan warga tua, belia dan kanak-kanak.  Pihak sekolah juga telah diminta mengambil bahagian dalam pertandingan perarakan bagi unit beruniform.


Pasukan pengakap sekolah, TKRS, puteri Islam dan PBSM telah mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.  Pelbagai kain rentang telah disediakan bagi memeriahkan majlis tersebut.


Syabas kepada adik-adik yang telah mengambil bahagian. Tahniah juga kepada guru-guru yang telah memberi kerjasama dalam majlis permuafakat penduduk ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan