Sabtu, 25 Jun 2011

*SESI BERGAMBAR 2011*


Sepanjang minggu ini, bermula dari 20 Jun hingga 24 Jun, KEBIRU iaitu Kelab Bilik Guru telah mengadakan sesi bergambar untuk murid-murid sekolah ini.  Bermula dari murid-murid Tahun 6 hinggalah ke Tahun 1.   Murid-murid diatur mengikut...
jadual yang ditetapkan.


Selain itu, badan pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, persatuan, sukan dan permainan turut bergambar bersama guru masing-masing. Sesi penggambaran dijalankan di dewan sekolah dengan kelolaan beberapa orang guru.  Murid-murid yang berminat boleh berjumpa dengan Cikgu Mohd Rizal b. Rosli untuk mendapatkan gambar-gambar tersebut dengan harga yang berpatutan untuk mengisi dana KEBIRU.   Di samping itu, murid-murid boleh menjadikan gambar ini sebagai kenangan pada masa hadapan terutama murid-murid Tahun 6 yang bakal meninggalkan sekolah.

1 ulasan:

  1. nurina aisyah mohdd salleh 6 krk 1(20111)28 Januari 2012 pada 2:26 PTG

    ah hepi nyer masa 2.rinddunyer,rase mcm nak balik semula kat skmkj 2.skola yg terbaik.

    BalasPadam