Selasa, 3 Mei 2011

*MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34 DAN MAJLIS REFLEKSI UPSR*


Pada hari Khamis, 28 April 2011 jam 8.30 pagi, PIBG Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 di Dewan Suluh Budiman. Dengan tema "Sepakat Berkat Muafakat", majlis kali ini dirasmikan oleh...
YB Hj Adam b. Sumiru, Adun Tanjung Puteri.

Majlis dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa dan guru-guru yang hadir. Ketibaan YB Hj. Adam b. Sumiru disambut dengan paluan kompang oleh pasukan kompang sekolah.   Kehadiran tetamu kehormat membuka tirai majlis pada pagi itu dengan diikuti bacaan doa dan selawat.

Seterusnya,  Yang Dipertua PIBG, Dato Dollah b. Hj. Said menyampaikan ucapan aluan. Kemudian, En. Zamani b. Hj. Ahmad, Guru Besar, SK Mohd Khir Johari pula menyampaikan ucapan.  Acara kemuncak ialah perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 yang telah disempurnakan oleh YB Adam b. Sumiru, ADUN Tanjung Puteri.  Beliau menggalakkan ibu bapa memberi kerjasama kepada pihak sekolah sama ada dalam  bentuk kewangan ataupun fizikal.  Segala masalah yang berlaku di persekitaran sekolah menjadi tanggungjawab semua pihak.


Majlis khas penyampaian hadiah UPSR pula yang dinamakan Majlis Refleksi Kecemerlangan UPSR memberi peluang kepada pelajar-pelajar tahun 6 sesi 2009 dan sesi 2010 untuk menerima hadiah berupa piala, sijil, cendermata dan wang tunai RM50 daripada PIBG sekolah.

Selesai majlis penyampaian hadiah tersebut, majlis berhenti rehat dengan menjemput para tetamu yang hadir untuk menjamu selera.   Kira-kira jam 10.45 pagi, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 dimulakan.  Pada tahun ini, majoriti ahli yang hadir setuju AJK tahun 2010 dikekalkan.  Setelah selesai bersidang, majlis ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan