Rabu, 4 Mei 2011

*SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H/2011M*


Pada tanggal 28 April 2011 (Khamis) bersamaan 24 Jamadil Awal 1432 telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul untuk warga Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari. Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi telah menjemput...
Ustaz Ghozahar b. Ghozi sebagai penceramah.   Gaya penyampaian ceramah beliau yang jelas dan diselitkan dengan unsur-unsur lelucon menarik perhatian murid-murid yang berkumpul di dewan.


Sebelum itu, murid-murid yang hadir telah disajikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah. Kehadiran murid-murid ke sekolah dengan baju kurung dan baju Melayu mewarnai sambutan pada kali ini. Seminggu  sebelum majlis diadakan, murid-murid telah menyampaikan derma kepada pihak sekolah termasuklah membawa lobak, gula, kentang, bawang dan susu cair.  Guru-guru dan kakitangan sekolah turut mengeluarkan sumbangan.


Ketua masakan pada tahun ini ialah Pak Lambak, sementara bahagian minuman pula diketuai oleh Cikgu Naisr b. Mohd Nor.   Murid-murid pula menikmati nasi minyak mereka menggunakan dulang agar bertambah erat hubungan sesama mereka di samping mewujudkan semangat bertolak ansur.


Majlis sambutan berakhir kira-kira jam 1.00 tengah hari.  Guru-guru pulang ke rumah dengan bekalan makanan yang telah siap dibungkus.  Terima kasih kepada Jawatankuasa Panitia Agama Islam dan semua warga kerja sambutan pada tahun ini yang telah melaksanakan majlis dengan jayanya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan