Selasa, 3 Mei 2011

*PERTANDINGAN TAKRAW PERINGKAT DAERAH 2011*

Pada hari Selasa, 26 April 2011 bertempat di SK Tampoi Utama telah diadakan Pertandingan Takraw peringkat daerah Johor Bahru.  Pertandingan yang bermula jam 8.00 pagi berlangsung hingga ke jam 3.00 petang.  Dua orang guru pengiring iaitu ...
Ustaz Mohd Edham b. Afandi dan Ustaz Hairul Anuar b. Samiun telah membawa dua orang peserta ke pertandingan tersebut.  


Para peserta mewakili Majidi A dan Majidi B.   Dua  orang murid yang terpilih dalam pertandingan takraw tersebut ialah:

1.   Muhammad Nur Fadhli b. Faroukhee Azley (6 Bestari) Majidi A
2.   Wan Mohamad Syuwaizy b. Wan Mohamad (6 Arif) Majidi B

Pada akhir pertandingan, Majidi A telah menjadi johan dan pasukan Majidi B mendapat tempat ketiga.   Muhammad Nur Fadhli akan mewakili daerah Johor Bahru ke peringkat negeri di Kota Tinggi pada 6 hingga 8 Mei 2011.   Syabas, diucapkan!

1 ulasan:

  1. sye rase sk0la awk mmg hbet2 mrid nyew...hehe..tpi sye lg hbat dripade kamu cmue.woowoowoowoo

    BalasPadam