Sabtu, 30 April 2011

*MESYUARAT MAJLIS PERMUAFAKATAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) DAERAH JOHOR BAHRU *


Pada hari Isnin, 11 April 2011 jam 2.00 petang bertempat di dewan SMK Taman Bukit Indah telah diadakan Mesyuarat Majlis Permuafakatan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Daerah Johor Bahru.   Majlis ini dihadiri oleh guru-guru GPM dari ..
1) PKG Bandar Baru Uda
2) PKG Majidee
3) PKG Gelang Patah
4) PKG Tasek Utara

Majlis pada hari itu dimulakan dengan ucapan Pn. Helen Song, Pegawai Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor.   Antara lain, Pn. Helen memberi motivasi kepada guru-guru GPM supaya melaksanakan tanggungjawab sebagai GPM dengan sebaik mungkin.

Sejurus selepas itu, diadakan majlis pelantikan Ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan GPM Daerah Johor Bahru Sesi 2011/2012.

Pengerusi : SMK Mutiara Rini
Naib Pengerusi : SK Angkatan Tentera
Setiausaha : SK Mohd Khir Johari
Bendahari : SK Bandar Baru Uda 2
4 orang wakil dari setiap PKG.

Funsi dan Peranan Majlis Pemuafakatan Daerah Johor Bahru ialah:

1.  Merancang bersama-sama dengan PKGJB aktiviti tahunan PSS dan NILAM Dearah Johor Bahru
2.  Membantu dalam pemilihan Tokoh NILAM Daerah Johor Bahru
3.  Menjaga kebajikan ahli majlis ( GPM Daerah Johor Bahru ) serta mengeratkan silaturrahim sesama GPM Daerah Johor Bahru
4.  Berganding bahu dan bekerjasama dengan PPDJB dan PKGJB dalam meningkatkan pencapaian PSS dalam daerah Johor Bahru.
5.  Mengadakan lawatan "Bechmarking" ke sekolah PSS Cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan