Sabtu, 30 April 2011

*BENGKEL ASAS PENYIARAN 2*


Pada hari Jumaat, 15 April 2011 telah diadakan Bengkel Asas Penyiaran kali ke-2 untuk ahli Kelab Media dan Radio Sekolah.   Seramai 44 orang murid telah menyertai bengkel ini lanjutan daripada  bengkel pertama yang diadakan pada minggu lalu.   Bengkel pada kali ini memberi ruang kepada para peserta untuk...
menjalankan aktiviti bersiaran dengan lantikan 4 orang ahli bagi setiap kumpulan.


4 orang ahli dalam kumpulan itu ialah:
1. DJ
2. Wartawan
3. Penerbit
4. Juruteknik


3 orang DJ yang bertugas mengendalikan bengkel pada kali ini ialah DJ Senja, DJ HBO dan DJ Shah. Selepas para peserta diberi penerangan, mereka berbincang di dalam kumpulan untuk mencari bahan dan membuat lakonan bagi persembahan mereka.   Para DJ juga membimbing murid-murid menulis skrip sebagai DJ radio.   Mereka perlu menyatakan nama stesen radio, nama DJ dan tempoh bersiaran.


Selepas solat Jumaat, para peserta berkumpul di dewan untuk aktivti latihan dalam kumpulan (LDK). Mereka menjalankan lakonan berdasarkan skrip yang telah dibincangkan dalam kumpulan.   Setiap pembentangan kumpulan dinilai markah mereka oleh para DJ.  4 orang murid telah dipilih menerima hadiah masing-masing mengikut kategori.


Majlis pada petang itu yang berakhir hampir jam 5 petang disudahi dengan sesi bergambar  beramai-ramai dan penyampaian hadiah kepada para peserta dan cenderamata untuk DJ.  

1. DJ terbaik ~ Nur Khalisa Aqilah bt. Ruslan, 6 KRK1
2. Wartawan  terbaik ~ Ismah Afiqah bt. Norizan, 5 A
3. Penerbit terbaik ~ Sharifah Yasmin Amira bt. Syed Idros, 6 KRK1
4. Juruteknik terbaik ~ Mohammad Rohasnizam b. Mohd Zamri, 4 C
5. Kumpulan terbaik ~ Cayafm 


Semoga ilmu yang diperoleh akan menjadi bekalan dalam pelaksanaan konti radio sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan