Ahad, 3 April 2011

*MAJLIS TADARUS aL QURAN*


Pada hari Sabtu, 26 Mac 2011, bertempat di Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari telah berlangsung Majlis Tadarus Al Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia kali ke - 37 peringkat Zon Majidi.   Pelbagai acara diadakan iaitu...

1.   Tilawah al-Quran (Lelaki)  di dewan tertutup.
2.   Tilawah al-Quran (Perempuan) di perpustakaan.
3.   Hafazan al-Quran (Lelaki) di Blok 3 Tingkat : Kelas 3 Bestari
4.   Hafazan al-Quran (Perempuan) di Blok 3 Tingkat : Kelas 3 Cerdas
5.   Bercerita Kisah-kisah daripada al Quran (Lelaki) di Blok 3 Tingkat : Kelas 2 Arif
6.   Bercerita Kisah-kisah daripada al Quran (Perempuan) di Blok 3 Tingkat : Kelas 2 Bestari
7.   Nasyid di dewan terbuka


Majlis pada pagi tersebut bermula dengan pendaftaran para peserta.  Ini diikuti dengan taklimat untuk para hakim di bilik mesyuarat pada jam 8.30 pagi.   Kira-kira jam 9.00 pagi pertandingan pun bermula.   Para peserta yang mengambil bahagian telah menunjukkan kesungguhan dan bakat dalam setiap acara yang dipertandingkan.


Acara pertandingan dibahagikan kepada kategori lelaki dan perempuan. Guru-guru pengiring turut memberi sokongan kepada murid-murid yang mewakili sekolah masing-masing.   Usaha yang bersungguh-sungguh pasti membuahkan kejayaan.   Di mana ada kemahuan, di situ ada kejayaan.    


Majlis perasmian penutup pada tengah hari itu telah dimulakan dengan ucapan En. Zamani b. Hj. Ahmad, Guru Besar, SK Mohd Khir Johari.    Kemudian, En. Azman b. Dawam, Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru menyampaikan ucapan dan menutup rasmi majlis tersebut.  Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah dijalankan.      


Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada tiga orang peserta dari SK Mohd Khir Johari yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah iaitu:

1.   Nurkhalisa Aqilah bt. Ruslan  ~  Johan Hafazan al-Quran (Perempuan)
2.   Ismah Afiqah bt. Norizan ~ Naib Johan Bercerita Kisah-kisah daripada al Quran (Perempuan)
3.   Faris Nabil b. Mohd Nazri ~ Ketiga Tilawah al-Quran (Lelaki)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan