Selasa, 5 April 2011

*PERTANDINGAN HOKI MSSD 2011*


Pada 21 Mac yang lalu, bertempat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru telah diadakan pertandingan hoki MSSD Johor Bahru.   Acara bermula pada jam 8.00 pagi dan...


berakhir pada jam 3.00 petang.


Dalam pertandingan kali  ini, SK Mohd Khir Johari telah menjadi johan keseluruhan mengalahkan 5 buah sekolah yang lain.   Sekolah-sekolah yang terlibat ialah :

SK Tanjung Puteri
SK Taman Cempaka
SK Bukit Kempas
SK Seri Kenanga
SK Nusa Perintis


Pemain terbaik dalam perlawanan akhir ialah Siti Zulaikha dan pemain terbaik keseluruhan ialah Nur Haziqah bt. Ahmad Sukiman.   Tahniah kepada pasukan hoki sekolah kerana berjaya menempa nama di peringkat Daerah dan Negeri.   Juga ucapan tahniah kepada Cikgu Sofi b. Ahmad atas usaha melatih pemain hoki perempuan sekolah.

Sementara itu, pasukan hoki lelaki sekolah berjaya mendapat tempat ketiga dalam MSSD di belakang sekolah SK Tanjung Kupang dan SK Taman Universiti 3.

1 ulasan:

  1. tahniah kepada pasukan hoki skmkj ! walaupun kecik2 orang nye tetapi bakat nye besar !! teruskan usaha ! jngn putus asa ..

    BalasPadam