Ahad, 3 April 2011

*BENGKEL NILAM DAN TAKLIMAT IQPSS*


Pada hari Selasa, 8 Mac 2011 dan Rabu, 9 Mac 2011, Bengkel Nilam dan IQ-PSS  telah diadakan di PKG Zon Majidee untuk Guru Perpustakaan dan Media.   Bengkel ini dikendalikan oleh En. Hisham b. Mohd Salleh (Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Majidee) dan En. Azhaar bin Md Ali (Penolong Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Majidee)


Guru-guru GPM telah diberi penerangan tentang cara mengisi  data i-Nilam secara talian.   Selain itu, beliau memaklumkan kepada guru-guru GPM bahawa KPI Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru pada tahun ini...

ialah "Kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah".

Antara perkara lain yang dimaklumkan dalam bengkel dua hari ini ialah guru GPM perlu merancang program membaca di sekolah untuk memupuk minat murid-murid membaca.   Di samping itu, segala  perolehan dan pembelian harta modal perlu telus dan mengikut kaedah yang ditetapkan.

Guru GPM juga perlu menulis 3 perkara berikut dalam jadual waktu mengajar mereka mengikut kaedah:
1. Organisasi Bahan - 10 waktu
2. Pengurusan & Pentadbiran PSS -  6 waktu
3. Galakan Membaca & Literasi Maklumat  -  4 waktu


Setiap tahun pada bulan Januari, pihak sekolah diminta menghantar 2 orang murid yang layak ke pertandingan Tokoh Nilam peringkat daerah.   Persiapan awal perlu dibuat agar murid-murid yang dihantar ke pertandingan itu memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan