Selasa, 5 April 2011

*KUNTUM DALAM DARJAH*


Pada hari Ahad, 27 Mac 2011 syarikat akhbar The Star telah menganjurkan bengkel "Kuntum Dalam Darjah".   Dua orang guru dari SK Mohd Khir Johari telah menghadiri bengkel tersebut iaitu...


Pn. Siti Norbe binti Anas dan En. Naidatul Zamrizam b. Abu.   Bengkel ini diadakan di Dewan Besar Institut Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru.


Sebelum itu, pada hari Isnin, 21 Mac 2011 pihak majalah Kuntum telah mengadakan promosi di Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari.   Murid-murid yang berkumpul di dewan selepas perhimpunan pagi, berasa terhibur dengan telatah Si Pintar.   Murid-murid yang berjaya juga menerima hadiah.


Guru-guru Bahasa Melayu dan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dari sekolah-sekolah rendah berhampiran telah dijemput hadir.   Penceramah bagi bengkel tersebut merupakan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Cemerlang bagi negeri Pahang.   Beliau merupakan satu-satunya GPM Cemerlang sekolah rendah bagi negeri Pahang.


Pn. Norafizah bt. Abdul Razak dari SK Seri Biram, Pekan, Pahang telah berkongsi ilmu dengan guru-guru yang hadir tentang kaedah menyediakan bahan bantu mengajar menggunakan majalah Kuntum.   Para peserta dibahagikan  kepada beberapa kumpulan dan pada akhir sesi perbincangan, setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka.


Pn. Norafizah juga menggalakkan agar GPM di setiap sekolah melanggan majalah Kuntum untuk perpustakaan sekolah masing-masing.   Bengkel yang memberi semangat dan dorongan ini berakhir pada jam 2.00 petang dengan penutupan rasmi daripada En. Mazlan b. Sanip, Ketua Penysarah, Bahagian Teknologi Pendidikan, IPTI Johor Bahru.


Terima kasih Pn. Norafizah bt. Abd Razak.   Anda sumber inspirasi saya!

2 ulasan:

  1. Wah,seronoknya dapat peluang menyertai bengkel ni. Rasanya guru-guru yang gi mesti berpuas hati dpt idea utk buat BBM. Berbaloi...

    BalasPadam
  2. TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU YANG TERPILIH MENYERTAI PROGRAM INI...ANDA SEMUA GURU CEMERLANG..

    BalasPadam