Selasa, 5 April 2011

*BENGKEL PENGGUNAAN KAMPUS ASTRO DAN EDUWEB TV*


Pada hari Selasa, 29 Mac dan Rabu, 30 Mac 2011 pihak PKG Zon Majidi telah mengadakan bengkel selama dua hari dengan tajuk Penggunaan Kampus Astro dan Eduweb TV.   Bengkel ini khusus untuk Guru Perpustakaan dan Media sekolah-sekolah di Zon Majidi.  Bengkel yang bermula dari jam 2.00 petang ini berakhir pada ...

jam 5.00 petang.   Letihnya.. hehe

Bengkel penggunaan kampus Astro mengajar guru-guru Bilik Tayang cara menggunakan TV Astro yang dibekalkan oleh Astro ke sekolah dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.   Terdapat 12 siaran yang diberi percuma.   Guru-guru perlu merujuk kepada laman web Astro untuk mendapatkan maklumat yang lengkap.

Sesuatu yang istimewa tentang kampus Astro ialah guru-guru boleh merakamkan siaran tersebut dan menontonnya kemudian.    Terdapat saluran khas Astro yang menyiarkan rancangan berbentuk pendidikan khasnya untuk calon UPSR iaitu saluran Astro Tutor TV di saluran 601.


Pada hari kedua, guru-guru GPM (Guru Perpustakaan dan Media) diajar cara menggunakan TV pendidikan Kementerian Pelajaran iaitu Eduweb TV.   Banyak rakaman video yang dimuat naik di dalam laman web ini.   Guru-guru boleh memuat turun video-video tersebut, mengeditnya dan menjadikannya sebagai bahan pengajaran di dalam kelas.


Berakhirnya bengkel dua hari, banyak info yang diperoleh.   Terima kasih kepada En. Azhaar b. Md. Ali, Penolong Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Zon Majidi atas usaha membimbing kami guru-guru GPM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan