Selasa, 5 April 2011

*PERTANDINGAN BOLA SEPAK ZON MAJIDI*


Pada hari Khamis, 24 Mac dan Jumaat, 25 Mac pertandingan bola sepak bawah 12 tahun telah berlangsung di padang sekolah SK Seri Melati, Johor Bahru.   Skuad bola sepak SKMKJ telah berjaya...

melangkah ke peringkat akhir.

Pada peringkat akhir, skuad SKMKJ telah bertemu dengan pasukan SK Taman Suria.   Pasukan sekolah kita hampir-hampir melakar kejayaan dengan menjadi johan namun dua gol kemenangan pada masa tambahan telah dibatalkan dengan alasan "off side".


Walaupun gagal menjadi juara, namun mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk menang dan memberikan saingan yang sengit kepada pasukan skuad bola sepak SK Taman Suria sehingga mengheret ke pusingan penentuan penalti dengan kekalahan 3-4.

7 orang pemain dari SK Mohd Khir Johari telah dipilih mewakili Zon Majidi ke peringkat daerah.   Sekalung tahniah kepada pasukan bola sepak SKMKJ dan juga para jurulatih yang tidak mengenal erti letih.   Syabas kepada :
1.  Mohd Azreen Naimi b. Mohd Zain  ~ Pengurus Pasukan
2.  Zakaria b. Hashim ~ Ketua Jurulatih
3.  Azizilfikri b. Zahari ~ Jurulatih
4.  Taufik b. Md. Hidir ~ Logistik
5.  Wan Arkan b. Wan Muhammad ~ Keselamatan

Teruskan usaha.   Jangan mudah putus asa.   "You can do it SKMKJ"!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan