Selasa, 5 April 2011

*KEJOHANAN CATUR MSSD 2011*


Pada hari Sabtu, 2 April 2011 bertempat di SK Sekudai Batu 10 telah diadakan pertandingan catur untuk lelaki dan perempuan peringkat daerah Johor Bahru.   Seramai 60 orang murid perempuan dan 80 orang murid lelaki telah mengambil bahagian dalam ...
pertandingan catur ini.


Kelab Catur SK Mohd Khir Johari telah menghantar 4 orang peserta lelaki dan 3 orang peserta perempuan.   Perlawanan yang berlangsung jam 9.00 pagi berakhir pada jam 6.00 petang.   Bayaran bagi setiap pasukan ialah RM30.  Pihak sekolah telah membayar RM60 untuk bayaran penyertaan pertandingan kali ini.


Setiap pemain catur dikehendaki bermain sebanyak 7 kali.   Walaupun kalah atau menang, pemain perlu meneruskan permainan hingga pusingan yang ketujuh.   Agak meletihkan minda ketika bermain catur kerana peserta harus merancang strategi untuk mengalahkan pihak lawan.


Setelah berusaha bersungguh-sungguh, peserta dari SK Mohd Khir Johari hanya berjaya mencapai keputusan berikut:

Pemain catur lelaki SKMKJ  ~ tempat ke -14 daripada 80 orang peserta.
Zuhair b. Othman   6KRK2

Pemain catur perempuan SKMKJ ~ tempat ke -9 daripada 60 orang peserta.
Siti Nur Ezza bt. Md. Sani   6KRK2

Hanya 4 orang peserta lelaki dan 4 peserta perempuan yang menang terpilih mewakili daerah Johor Bahru ke peringkat Negeri Johor.   Hadiah disampaikan kepada 8 orang peserta sahaja.  Hadiah telah disampaikan oleh Pn. Rosziah bt. Johar, GPK Kurikulum SK Sekudai Batu 10.

Keputusan pertandingan Catur MSSD 2011:
Lelaki:
1.  SK Bukit Mutiara
2.  SJKC Pu Sze
3.  SJKC Ko Kuang
4.  SJK C Ko Kuang

Perempuan:
1.  Sekolah Rendah Agama Bersepadu
2.  SK Taman Tampoi Utama
3.  SK Perempuan Yahya Awal
4.  SK Taman Tampoi Utama


Nampaknya, pasukan catur SKMKJ masih belum mampu untuk melakar sejarah mewakili daerah Johor Bahru ke peringkat negeri.   Cuba lagi pada tahun hadapan. You can do it!

Senarai keputusan pemenang yang mewakili daerah:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan