Selasa, 5 April 2011

*SAMBUTAN HARI JADI*

Gambar Hiasan
Ulang tahun kelahiran merupakan hari yang istimewa bagi yang empunya diri.   Bukan mahu diberi hadiah atau bukan juga mahu di "wish" oleh setiap orang tetapi sekadar ucapan salam Hari Jadi oleh teman-teman terdekat dan orang yang tersayang untuk ...

mengeratkan lagi tali silaturahim.


Pada 31 Mac yang lalu, sekumpulan guru-guru SK Mohd Khir Johari telah mengadakan sambutan Hari Jadi untuk Guru Penolong Kanan 1 iaitu En. Md. Shukri b. Sultani.   Beliau yang dilahirkan pada 30 Mac kira-kira 46 tahun yang lalu tidak menyangka rakan-rakan guru akan mengadakan sambutan Hari Jadi untuk beliau.


Majlis sambutan diadakan di Restoran Beriani Ambok yang terletak di Larkin Perdana.  Restoran yang baru beroperasi beberapa bulan yang lalu menawarkan hidangan nasi beriani ayam, daging dan kambing.   Harga berpatutan dan lokasi bersesuaian.



Setelah hidangan disajikan, beberapa orang pelayan di restoran itu begitu "sporting" lalu menyanyikan lagu ulang tahun kelahiran untuk "birthday boy" kita iaitu En. Md. Shukri b. Sultani.   Tersenyum simpul beliau apabila guru-guru yang hadir turut menyanyi sama.

En. Md. Shukri turut memberi ucapan penghargaan kepada rakan-rakan guru yang sudi mengadakan majlis sambutan untuk beliau itu.   Semoga usaha murni bagi merapatkan hubungan sesama guru ini akan mendapat keberkatan daripada Ilahi.   Amin.

Terimalah serangkap pantun untuk En. Md. Shukri b. Sultani:

Berangkat naik ke Gunung Daik,
pulang ke desa membawa arang;
orang baik hatinya baik,
ke akhir hayat dikenang orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan