Selasa, 12 April 2011

*KARNIVAL SAINS & MATEMATIK 2011*


Pada hari Sabtu, 9 April 2011 bertempat di SK Tasek Utara telah diadakan Karnival Sains dan Matematik 2011.   Pihak sekolah telah menghantar 4 orang murid ke karnival tersebut iaitu Farhan Najmi, Muhammad Alayubbi, Muhammad Mujahid dan Najiha Arissa.   Majlis ini telah dirasmikan oleh...
Dato' Hj Maulizan b. Bujang, Exco Kerajaan Negeri Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Johor.  

 
Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang karnival tersebut antaranya ialah pertandingan "explorace" sains dan matematik, pameran bahan matematik, aktiviti saintis muda, playsmart petrosains dan pameran mineral dan geosains.


Selain itu, murid-murid juga berpeluang menyaksikan aksi haiwan di zoo mini atau  bermain paintball.   Harga kupon yang dikenakan ialah RM2 dan RM3.  


Terdapat juga pameran robotik yang dikendalikan oleh guru-guru dari SK Bandar Uda 2.   Semua robotik menggunakan konsep Lego dan bergerak menggunakan "sensor".    Ada robot berbentuk buaya dan juga kala jengking.



Guru-guru pelatih daripada MPTI juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam karnival sains dan matematik.   Mereka membantu murid-murid dalam akitiviti yang dijalankan.   Bahan-bahan pengajaran sains dan matematik turut dipamerkan di dalam makmal sains.


Karnival Sains dan Matematik yang dianjurkan oleh SK Tasek Utara berjaya dilaksanakan dengan baik.   Terdapat juga gerai-gerai jualan makanan dan syarikat-syarikat tertentu seperti BSN dan Jabatan Pertanian. Di kawasan padang pula, para pengunjung boleh menaiki kuda dan memancing ikan.   Kira-kira jam 1.30 petang, murid-murid dari SK Mohd Khir Johari bertolak pulang ke sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan