Jumaat, 15 April 2011

*PERTANDINGAN HARI PENGGUNA MALAYSIA 2011*



Kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari, anda dipelawa menyertai beberapa pertandingan sempena Hari Pengguna Malaysia 2011.  Hadiah bagi setiap pertandingan cukup lumayan.   Jom sertai pertandingan berikut...




Pertandingan Melukis Poster Pengguna

Kategori
  • A: Sekolah Rendah (Tahun 4-6)
Syarat
  • Bebas menggunakan sebarang bahan pewarna.
  • Peserta boleh memilih untuk menghasilkan lukisan dengan menggunakan sama ada tajuk dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil. Hanya satu bahasa sahaja yang dibenarkan dalam satu lukisan.
  • Lukisan grafik dan adaptasi menggunakan komputer tidak dibenarkan.
  • Lukisan dan idea poster mestilah hasil ciptaan sendiri.
  • Poster hendaklah dihasilkan atas kertas berukuran 37.5cm x 27cm (drawing block) bagi Kategori A dan kertas berukuran 420mm x 594mm (A2) bagi Kategori B, Kategori C dan Kategori D.
  • Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 17hb Jun 2011. 

Hadiah


Kategori Hadiah Wang Tunai
Kategori A. Hadiah Pertama
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
Hadiah Sagu Hati (x20)
RM1,000.00
RM750.00
RM500.00
RM100.00

Tajuk


Kategori A - Sekolah Rendah (Tahun 4-6)
Bahasa Kod Tajuk Tajuk
Malaysia PAM1 Saya Menabung!
PAM2 Jagalah Kebersihan Diri
PAM3 Kitar Semula di Rumah


Pertandingan Melukis Esei

Kategori

  • A. Sekolah Rendah (Tahun 4-6)
  • E. Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia)
Syarat

  • Panjang esei tidak melebihi 300 patah perkataan bagi Kategori A dan 2,500 patah perkataan bagi Kategori E.
  • Esei hendaklah ditaip menggunakan tulisan “Arial 12 poin” atau menggunakan tulisan tangan yang jelas. Sama ada ditaip atau tulisan tangan, semua esei hendaklah langkau sebaris (“double line spacing”).
  • Penyertaan esei boleh dihantar melalui e-mel ke urusetia@mypengguna.com. Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan pertandingan yang lengkap.
  • Esei mestilah asli dan menggunakan olahan idea sendiri.
  • Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 17hb Jun 2011.
Hadiah

Kategori Hadiah Wang Tunai
Kategori A. (4 bahasa) Hadiah Pertama
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
Hadiah Sagu Hati (x20)
RM1,000.00
RM750.00
RM500.00
RM100.00

Tajuk


Kategori A - Sekolah Rendah (Tahun 4-6)
Bahasa Kod Tajuk Tajuk
Malaysia EAM1 Aktiviti yang boleh saya lakukan seminggu tanpa skrin (televisyen, komputer, telefon bimbit, MP3 dan lain-lain).
EAM2 Sekiranya saya mempunyai RM100, saya akan…
EAM3 Langkah-langkah bagi menjaga kesihatan diri.


Kategori E - Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia)
Bahasa Kod Tajuk Tajuk
Malaysia EEM1 Adakah pengguna terlalu obses dengan produk kosmetik? Kongsikan pendapat anda.
EEM2 Apakah yang anda faham mengenai produk organik? Sila jelaskan.
EEM3 Adakah semua produk yang dijual di Malaysia adalah selamat untuk digunakan? Apakah pandangan anda?
English EEE1 Do we use too much cosmetics? Share your thoughts.
EEE2 Explain what you understand about organic products.
EEE3 Are all products sold in Malaysia safe? What is your opinion?





Pertandingan Buku Skrap

Kategori
  • A: Sekolah Rendah (Tahun 4 – 6)
Syarat
  • Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah.
  • Penyertaan boleh dihasilkan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
  • Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk buku (hard copy).
  • Jumlah ahli kumpulan tidak melebihi 3 orang.
  • Setiap kumpulan hendaklah dibimbing oleh seorang guru penasihat.
  • Jumlah halaman tidak melebihi 25 mukasurat.
  • Penyediaan buku skrap adalah berdasarkan kandungan, kreativiti dan persembahan secara keseluruhan.
  • Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 17hb Jun 2011.


Hadiah
Kategori Hadiah Wang Tunai
Kategori A. Hadiah Pertama
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
Hadiah Sagu Hati (x10)
RM1,000.00
RM750.00
RM500.00
RM100.00
* Sijil Penghargaan untuk Guru Penasihat pemenang utama dan pemenang sagu hati.


Tajuk

Kategori A: Sekolah Rendah (Tahan 4-6)
Bahasa Kod Tajuk Tajuk
Malaysia SAM1 Penggunaan internet yang selamat.
SAM2 Aktiviti kemasyarakatan di komuniti saya
SAM3 Pelan Menabung Saya






Semua penyertaan hendaklah disertakan dengan borang pertandingan berikut kecuali esei yang dihantar secara online:




Borang pertandingan menulis esei boleh dihantar secara online.   Semua esei hendaklah ditaip dalam program words dan akan dimuat naik ke dalam laman web Hari Pengguna di alamat:

http://www.mypengguna.com/v2/index.php/borang-penyertaan-pertandingan-online


Semua esei yang bertulis tangan, buku skrap dan poster hendaklah dipos ke alamat berikut bersama-sama borang penyertaan pertandingan:

Alamatkan penyertaan kepada:
Urusetia Pertandingan Kepenggunaan HPM 2011
No.1D-1, Bangunan SKPPK,
Jalan SS9A/17, Sungai Way,
47300 Petaling Jaya, Selangor.

Selamat Mencuba.  Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu!
Untuk maklumat lanjut layari:
http://www.mypengguna.com/v2/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan