Khamis, 31 Mac 2011

*GOTONG-ROYONG KECERIAAN KELAS 2011*


Pada hari Sabtu 5 Mac 2011,  guru-guru SK Mohd Khir Johari bergotong-royong menjalankan aktiviti menceriakan kelas.   Pihak sekolah telah membekalkan cat untuk setiap kelas mengikut warna...

yang telah ditetapkan.


Guru-guru kelas sesi pagi dan petang mengecat kelas masing-masing dengan penuh bersemangat.   Ada yang membeli berus cat dan bahan-bahan mengecat yang baru agar kerja mengecat berjalan lancar.   Selain mengecat dinding, terdapat juga guru yang mengecat pintu di bahagian hadapan dan belakang kelas.


Ada juga guru yang menggantung langsir dan menampal carta.   Walaupun kerja yang dilakukan agak berat kerana tanpa bantuan murid-murid namun berkat kerjasama dan ketekunan kerja yang ditunjukkan,  kerja-kerja yang berat ini menjadi mudah.   Kata pepatah Melayu, yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing.   Ibarat aur dengan tebing saling menolong antara satu sama lain.


Suasana harmoni ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru pagi dan petang.   Aktiviti yang bermula seawal jam 8.00 pagi, selesai kira-kira jam 12.30 tengah hari.   Guru-guru yang hadir juga diberikan  sebungkus makanan dan minuman.    Bagi pihak sekolah, sekalung terima kasih dan penghargaan kepada guru-guru yang telah menyumbang jasa menceriakan kawasan sekolah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan