Isnin, 28 Mac 2011

*MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H*


Pada 3 hingga 6 Mac yang lalu, Masjid Jamek Kampung Melayu Majidi yang terletak bersebelahan Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1432H...

Majlis pada tahun ini amat meriah kerana diadakan selama 4 hari.   Pelbagai aktiviti telah diadakan.   Antaranya ialah :

 1.  Pertandingan Nazam dan Selawat
 2.  Pertandingan Tulisan Jawi (wanita)
 3.  Pertandingan Bacaan Berzanji (wanita)
 4.  Persembahan Nasyid oleh kumpulan Sautun Najah
 5.  Sembang kepenggunaan bersama-sama Persatuan Pengguna Bumiputera Negeri Johor.
 6.  Pertandingan Bercerita Kisah Nabi  - sekolah rendah
 7.  Pertandingan nasyid peringkat rendah dan menengah
 8.  Pertandingan Azan peringkat sekolah rendah dan menengah.
 9.  Pertandingan mewarna untuk murid-murid tadika
10. Pertandingan Seni khat pelajar sekolah menengah


Selain itu, orang ramai yang hadir juga berpeluang mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Amaluddin b. Mohd Napiah dari Kuala Lumpur yang menyampaikan ceramah bertajuyk "Tak Kenal Maka Tak Cinta".


Pada malam akhir pula, diperdengarkan bacaan Al-Quran oleh Puan Nor Azrah bt. Ayob iaitu Johan Qariah Kebangsaan 2010.   Kemudain forum Hal Ehwal Islam pula menjadi tumpuan dengan tajuk Rasulullah Ikutan Terbaik.   Para ahli panel terdiri daripada Ustaz Haji Ahmad Hanif b. Naim dari Jabatan Agama Johor, Dr Hj. Ismail b. Mustari dari UTM dan Ustaz Hj. Ahmad Faisal b. Mohamed dari Baitulmal Johor.


Terdapat juga gerai jualan disediakan di sepanjang tempat letak kereta masjid jamek ini.  Antaranya termasulah gerai Tabung Haji, Ayam Kempas dan Jualan Amal PIBG sekolah untuk kutipa derma surau.


Ada juga gerai menjual air yang dikendalikan oleh En. Abdul Majid and the gang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan