Jumaat, 18 Mac 2011

*TSUNAMI DI JEPUN*


Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Rishter melanda timur laut Jepun pada 11 Mac 2011 yang lalu telah mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan ...


lebih 1,000 orang terbunuh.
 
Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa-apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.  

Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar.   Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.   Sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh dan kemungkinan ramai penghuni terperangkap.


Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, terlihat terdampar di pelabuhan.   Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara terpaksa dihentikan.

Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada.

Siren kedengaran di Tokyo, helikopter rangkaian televisyen berlegar di ruang udara manakala penduduk kelihatan bergegas ke kedai runcit 24 jam di bandaraya itu untuk mendapatkan bekalan sandwich dan mi cawan segera.


Kebanyakan penduduk yang sebelum itu melarikan diri dari bangunan pejabat mendapati diri mereka terkandas jauh dari keluarga malah tidak dapat menghubungi mereka disebabkan sistem telefon bimbit tidak dapat menampung panggilan yang banyak.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk pulang ke rumah,” kata seorang wanita berusia 18 tahun di luar stesen keretapi bawah tanah Ginza.

Beliau menerangkan bagaimana tanah liat bertaburan di sekelilingnya di sebuah pusat beli belah apabila gempa bumi kuat melanda pada waktu tengah hari.


Kerajaan menggunakan pembesar suara dan siaran televisyen untuk menggesa penduduk supaya terus berada di tempat kerja mereka berbanding mengambil risiko untuk berjalan pulang berikutan lebuh raya menuju ke tengah bandaraya terputus manakala hotel mendapat tempahan penuh.

“Tolong jangan paksa diri anda untuk pulang ke rumah kerana tiada pengangkutan tetapi terus berada di pejabat atau tempat lain yang selamat,” kata satu nasihat kecemasan yang disiarkan penyiar awam, NHK.

“Hari sudah malam,” kata penyiar NHK berikutan suasana gelap yang sejuk melanda seluruh negara.

“Jika penduduk yang tinggal jauh cuba untuk melintasi sempadan wilayah dengan berjalan kaki pada waktu malam, mereka mungkin menjadi mangsa kepada kemalangan kedua.”


Wilayah Tokyo yang membabitkan Yokohama dan kawasan sekitar Kanto ialah kawasan kediaman bandar terbesar di dunia dengan lebih 30 juta penduduk, kebanyakan mereka berulang alik beberapa jam setiap hari.

Landasan keretapi Sistem Metro Tokyo dan Japan Railway masih lagi ditutup selepas beberapa jam gempa bumi kuat menggegarkan bangunan di seluruh bandar raya terbabit.

Jepun berada dalam Lingkaran Api Pasifik manakala Tokyo terletak dalam satu daripada kawasan yang amat berbahaya.

Bandar raya itu berada di antara persimpangan tiga pentas benua Eurasian, Pasifik dan Laut Filipina yang bertentangan antara satu sama lain, mewujudkan tekanan seismik paling besar.

Jawatankuasa Penyelidikan Gempa Bumi kerajaan memberi amaran bahawa peluang sebanyak 70 peratus bagi gempa bumi dengan kekuatan 8 pada skala Richter akan melanda dalam masa 30 tahun di Kanto.

2 ulasan:

  1. siti aisyah 5 dinamik15 Jun 2011 8:25 PTG

    hem.......
    kesianye kepada negara jepun saye amat simpati
    kepada mereka yang menjadi mangsa sunami...
    kita semua yang duduk di malaysia ni bersyukur
    lah kepada allah kerana tidak pernah di timpa sunami..... itu ialah satu pengajaran untuk kita.

    BalasPadam
  2. betul 2 kate aisyah...

    BalasPadam