Jumaat, 19 November 2010

*PERPINDAHAN PN. NORAISHA BT MD ALI*

Pn. Noraisha bt. Md Ali mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari pada Mei 2005. Beliau berkhidmat sebagai guru prasekolah di sekolah ini. Beliau juga merupakan orang kuat pasukan rumah biru. Beliau akan berpindah ke Putrajaya mulai 2011.





Kata-kata akhir beliau kepada warga SK Mohd Khir Johari:

Terlebih dahulu dengan ucapan alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.  Salam satu Malaysia kepada semua warga SKMKJ.  Salam kemaafan dipohon andai ada tersalah kata, tersalah langkah yang pernah atau tidak sengaja kepada semua warga SKMKJ.   Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua, tanpa bantuan, tunjuk ajar serta teguran tentu banyak masalah yang akan saya hadapi.  Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak pentadbir.   TERIMA KASIH DAUN KELADI.  Salam perpisahan saya ucapkan.   TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT BERTAPAKNYA SAYA DALAM BIDANG PERGURUAN DI SKMKJ.   SKMKJ BAIK PUNYOOO... Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan