Jumaat, 19 November 2010

*PERPINDAHAN PN. NURUL AINA BT. MOHD HUSSIN*

Pn. Nurul Aina bt. Mohd Hussin mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari pada awal tahun 2010.  Pn. Nurul Aina berasal dari Seremban dan bekas mahasiswa UKM dalam bidang statistik.   Beliau mengajar subjek Matematik dan Bahasa Inggeris di sekolah ini.   Beliau akan berpindah ke Selangor mulai 2010.



Kata-kata akhir beliau untuk warga SK Mohd Khir Johari:

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana pertama kali mencuba dan terus diluluskan permohonan saya untuk berpindah.   Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga SKMKJ atas segala tunjuk ajar dan bimbingan selama saya berada di sini.   Pengalaman yang sedikit ini akan saya gunakan sebaik mungkin di tempat baru nanti.   Terima kasih atas segalanya.   Saya juga memohon kemaafan jika ada perbuatan, percakapan dan tindakan saya yang menyinggung perasaan sesiapa sahaja yang pernah bekerja dengan saya, sama ada sengaja atau tidak sengaja.   Akhir sekali, salam perkenalan dan juga salam perpisahan daripada saya.   Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan