Jumaat, 19 November 2010

*PERTUKARAN EN. MOHD YASIM B. MUSA*

En. Mohd Yasim b. Musa mula berkhidmat di SK Mohd Khir Johari sejak tahun 2002.   Beliau yang berasal dari Kelantan akan berpindah ke Trengganu mulai 2011.   Di sekolah ini, beliau mengajar subjek Sains Tahun 6 dan pernah menjadi guru bilik tayang, guru data, guru IT dan penghulu kepada kuarters guru yang baru siap dibina.





Kata-kata akhir En. Mohd Yasim b. Musa kepada warga SK Mohd Khir Johari:

Salam mesra dan salam kemaafan diucapkan andai ada kesilapan perbuatan, tutur kata, tingkah laku yang menyebabkan ada silap dan salah, minta diampunkan.   Pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga SKMKJ, tanpa bantuan dan tunjuk ajar serta teguran kalian maka tiadalah saya sepertinya pada hari ini.   Kepada Tuan Guru besar, terima kasih kerana menyokong permohonan saya.   Kepada En. Syukri, terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya dan banyak membantu saya.   En. Syukri memang bestlah.   Kepada GPK-GPK yang lain bantuan dan peluang yang diberikan merupakan pengalaman yang amat berharga.   Kepada rakan-rakan, abang-abang senior dan adik-adik junior terima kasih banyak-banyak.   Kalian memang best.   Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan