Jumaat, 1 Oktober 2010

*PROGRAM SOLAT HAJAT TAHUN 6 DAN MAJLIS BERBUKA PUASA*

Pada petang hari Jumaat, 27 Ogos 2010, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan solat hajat untuk murid-murid dan ibu bapa Tahun 6.   Majlis telah dimulakan dengan program berbuka puasa di kantin sekolah.   Ini diikuti dengan solat Maghrib berjemaah dan solat hajat di Dewan Suluh Budiman.


Selesai solat hajat berjemaah, En. Mohd Shukri b. Sultani, GPK Kurikulum menyampaikan sedikit ucapan kepada ibu bapa yang hadir.   Beliau turut menyatakan persiapan yang telah dibuat oleh pihak sekolah untuk membantu murid-murid Tahun 6 menghadapi UPSR.


Terima kasih kepada murid-murid, guru-guru dan ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut. Semoga segala usaha dan harapan untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR akan menjadi kenyataan.  Marilah sama-sama kita mendoakannya. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan