Jumaat, 1 Oktober 2010

*SINOPSIS CERITA*

SINOPSIS CERITA 

Buku 1

Buku berjudul Semusim Penantian ini dikarang oleh Haryani Luqman.   Buku ini mengandungi 100 muka surat.  Anugerah Publications menerbitkan buku ini pada tahun 2007.   Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah. Buku ini merupakan buku fiksyen Bahasa Melayu.

Sinopsis cerita : Buku ini menceritakan tentang Nia yang melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya bersama kawan karibnya Saira.  Sewaktu belajar di UM, Nia menaruh hati pada seorang jejaka bernama Airil.  Namun Airil tidak mengetahui tentang perasaan murni Nia itu.  Akhirnya Nia meluahkan perasaannya di atas sehelai kertas.  Pada suatu hari, Saira telah mencuri surat Nia itu dan memberikannya kepada Ayu (rakan sekuliahnya).  Ayu menyelitkan surat itu ke dalam buku Airil.
Apakah yang akan berlaku seterusnya? dapatkan buku Semusim Penantian di Perpustakaan Sekolah.




Buku 2



Buku berjudul Menjejak Sinar ini merupakan Antologi Peraduan Menulis Cerita Kanak-kanak Hari Guru 2006.  Buku ini mengandungi 306 muka surat.   Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan buku ini pada tahun 2007.  Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah.  Buku ini merupakan fiksyen Bahasa Melayu.


Sinopsis cerita : Buku ini juga memuatkan 48 cerpen yang diangkat daripada Peraduan Menulis Cerita Kanak-kanak Hari Guru Tahun 2006. Cerpen yang terpilih dalam antologi ini ialah cerpen yang memenangi tempat pertama, kedua, ketiga dan lima cerpen hadiah sagu hati.   Cerpen-cerpen yang dihasilkan berlatarbelakangkan pelbagai lapisan masyarakat dan aspek kehidupan.  Cerpen dalam antologi ini digarap berdasarkan tema "Pelajar Cemerlang Generasi Gemilang".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan