Sabtu, 14 Ogos 2010

*PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN*

Bulan Ogos bulan kemerdekaan.  Tanggal 31 Ogos setiap tahun merupakan ulang tahun kemerdekaan. Sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini, pelbagai aktiviti telah dirancang termasuklah aktiviti mewarna poster kemerdekaan.


Majlis pelancaran bulan kemerdekaan telah diadakan di dewan sekolah.   Selepas bacaan doa yang diketuai oleh Ust. Hairul Anuar b. Samiun,  murid-murid menonton tayangan slaid mengenang detik khas kemerdekaan negara.   Kemudian, para penonton dihiburkan dengan persembahan zapin dan koir.  Kumpulan Koir Tahun 3 menyampaikan lagu Tekad dan Warisan.


Majlis perasmian pada kali ini lebih meriah dengan persembahan teater oleh murid-murid Tadika Kemas Jalan Perajurit.   Mereka mempersembahkan teater yang bertajuk "Puteri Gunung Ledang".  Gabungan para pelakon cilik memukau para penonton.  Murid-murid pra SKMKJ juga mengambil bahagian dengan mempersembahkan pakaian istimewa masing-masing melalui acara pakaian beragam.


Seterusnya, murid-murid sesi pagi dan petang diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam acara mewarna poster kemerdekaan.   Para pemenang akan menerima hadiah masing-masing semasa perhimpunan hari Isnin.

Sebelum bersurai, hadirin menyanyikan  lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan bendera Malaysia.  Gemilang
Malaysiaku!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan